garden stool | bangku taman | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bangku tempat duduk di kawasan taman yang diperbuat daripada bahan tahan cuaca, seperti kayu, batu, logam atau porselin. |
duchesse-brisee | duchesse-brisee | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kerusi panjang yang mempunyai penyandar di hujungnya dan sebuah bangku sebagai tempat meletakkan kaki. Kerusi ini banyak digunakan pada abad ke-19. |
landscape furniture | perabot landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perkakasan yang digunakan untuk melengkapi landskap seperti bangku, wakaf, dan tiang lampu yang terdapat di taman dan kawasan rekreasi. |
duchesse | duchesse | Kesenian | Hiasan Dalaman | Set tempat duduk untuk bilik istirahat yang terdiri daripada dua buah kerusi Ottoman, yang dihubungkan dengan bangku. Set ini banyak digunakan pada abad ke-19. |
Egyptian style | gaya Mesir | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya perabot yang diperkenalkan pada zaman Mesir purba dari tahun 4000 SM hingga 300 M, yang berasaskan bentuk-bentuk piramid, batu obelisk, monolit, pilon dan tiang teratai. Bentuk perabot ini mengandungi peti, meja, kerusi lipat dan bangku berkaki silang serta tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Motif yang biasa digunakan adalah seperti cakera solar, sfinks, kambing gurun, mensiang, lili atau bakong. |
idiom | idiom | Kesusasteraan | Tiada | Cara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain. |