Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : sesuatu yg diberikan atau dilakukan utk membantu, pertolongan, sokongan: beberapa negara di Asia ini mendapat ~ ekonomi drpd Amerika Syarikat; ~ guaman bantuan kewangan yg diberikan oleh kerajaan atau sesebuah organisasi kpd orang yg tidak mampu membiayai kos khidmat peguam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tuan] | بنتوان

Definisi : apa-apa yg digunakan utk membantu; pertolongan: Gabenor Melaka pun sangatlah susahnya sebab ~ dr Betawi lambat datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantuan

Peribahasa

Minta darah pada daing.

Bermaksud :

Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foreign aidbantuan asingEkonomiTiadaBantuan dalam bentuk modal kewangan atau teknikal daripada sebuah negara kepada negara lain. Bantuan asing biasanya diberi oleh negara maju kepada negara membangun dengan tujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan taraf hidup negara tersebut. Bantuan asing secara umumnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bantuan dua hala yang diberikan secara langsung oleh sesebuah negara kepada sesebuah negara lain, dan bantuan berbilang hala yang diberikan kepada institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Bank Pembangunan Islam. Institusi kewangan antarabangsa yang menerima bantuan ini akan mengagihkannya kepada negara-negara penerima.
unemployment benefitbantuan penangguranEkonomiTiadaBantuan kewangan yang diberi kepada penganggur sama ada yang belum pernah bekerja atau yang diberhentikan. Bantuan pengangguran ini merupakan satu bentuk bayaran pindahan. Tujuannya adalah untuk memastikan pendapatan pengangguran tidak berada di bawah paras cukup hidup. Sinonim pampasan pengangguran.
help-seeking behaviourtingkah laku cari bantuanPsikologiTiadaSebarang tindakan mencari bantuan daripada perkhidmatan penjagaan kesihatan atau daripada individu yang dipercayai dalam kalangan masyarakat yang melibatkan bantuan dari segi pemahaman, bimbingan, rawatan dan sokongan umum ketika berhadapan dengan masalah tertentu atau berada dalam keadaan yang tertekan.
learner supportsokongan pelajarTeknologi Maklumate-PembelajaranPerkhidmatan bantuan yang disediakan kepada pelajar dalam persekitaran e-pembelajaran agar dapat mengekalkan minat pelajar. Antara bantuan yang disediakan seperti soalan kerap ditanya (FAQ), interaksi dengan pakar dan bantuan teknikal.
ventilatory assistancebantuan ventilasiKesihatan AwamTiadaBantuan pengudaraan (pengudaraan buatan) biasanya menggunakan kaedah mekanikal untuk membantu atau menggantikan cara pernafasan biasa.
artificial respirationpernafasan bantuanKejururawatanTiadaBantuan pernafasan mekanikal bagi menentukan aliran udara ke dalam dan keluar paru-paru untuk mengekalkan paras oksigen yang optimum dalam darah.
workfarebantuan daya kerjaPentadbiranTiadaPolisi kerajaan untuk memastikan penganggur melakukan khidmat masyarakat atau mempelajari kemahiran baharu sebelum menerima bantuan kebajikan kerajaan.
soup kitchendapur amalPentadbiran PerniagaanTiadaPusat bantuan makanan yang disediakan bagi membantu golongan miskin dan yang memerlukan terutamanya golongan gelandangan. Selalunya bantuan ini dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan atau sukarelawan.
victim advocacyadvokasi mangsaKriminologiKeadilan JenayahBantuan dan sokongan profesional yang diberikan oleh seseorang individu atau secara berkumpulan kepada mangsa terrmasuklah sokongan dari segi emosi, bantuan guaman dan kewangan. Contohnya, sekumpulan ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi wanita membuat advokasi tentang keganasan rumah tangga.
workfarebantuan daya kerjaPentadbiranTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas