Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak air

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah nak dapat.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Haruslah air disauk,
     dan ranting dipatah;
lama hidup banyak merasa,
     jauh berjalan banyak dilihat.

Bermaksud :

Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polyuriapoliuriaVeterinarTiadaKeadaan apabila urin banyak dan kerap dikeluarkan. Poliuria boleh berlaku apabila air banyak diminum ataupun disebabkan oleh penyakit seperti diabetes melitus dan penyakit ginjal polisista.
polyuriapoliuriaVeterinarTiadaKeadaan ternakan yang mengalami pengeluaran air kencing yang banyak dan melebihi tahap normal. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sesuatu penyakit atau pengambilan sesuatu jenis sebatian yang merangsang pengeluaran air dari glomerulus. Keadaan ini merupakan salah satu simptom diabetes dan boleh berlakui jika terdapatnya keradangan pada ginjal.
plankton netjaring planktonPerikananAkuakulturAlat yang digunakan untuk memungut plankton. Penggunaan jaring plankton dapat membantu menapis sampel plankton yang sedikit di dalam isi padu air yang banyak. Jaring plankton mempunyai saiz tertentu seperti 100, 150 dan 200 mikron bergantung pada jenis plankton yang hendak diambil. Jaring ini kebiasaannya direka bentuk seperti kon dengan panjang antara 50 – 60 cm, berdiameter 30 – 50 cm dan diikat pada tali sepanjang 2 m. Saiz jaring plankton dan saiz mata pukat boleh berbeza bergantung kepada keperluannya. Semakin besar luas permukaan jaring, semakin efektif jaring tersebut menapis plankton. Saiz mata skrin yang terlalu halus akan menyebabkan jaring mudah tersumbat dan mengurangkan keberkesanannya untuk memerangkap plankton. Penggunaan jaring plankton dengan saiz yang berbeza adalah lebih berkesan dalam pengasingan saiz plankton untuk kegunaan pusat penetasan.
sand dunegumuk pasirSains MarinTiadaBukit pasir longgar yang dibina menerusi proses aeolian (angin) atau aliran air yang berlaku dalam pelbagai bentuk dan saiz. Gumuk pasir ini terbentuk melalui interaksi dengan aliran udara atau air. Gumuk pasir terdapat banyak di kawasan padang pasir atau berhampiran dengan laut dan tasik.
bacteriumbakteriumFizikNanoteknologiMikroorganisma ringkas yang tersangat kecil, biasanya diklasifikasikan dalam kumpulan kulat. Bakterium banyak terdapat di dalam tanah dan air, sebahagiannya memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Nanoteknologi digunakan untuk menghapuskan bakterium sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia yang mendatangkan kesan sampingan kepada alam sekitar.
collagenkolagenFizikNanoteknologiSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.
fringing reefterumbu pinggirSains MarinTiadaTerumbu yang tumbuh di pesisir pantai berair cetek dan bersuhu suam. Terumbu pinggir juga agak muda berbanding dengan atol. Terumbu pinggir memerlukan banyak sumber cahaya matahari, dasar lautan yang sesuai, sumber nutrien yang rendah dan memerlukan air laut jernih untuk tumbesaran yang lebih baik. Terumbu jenis ini banyak dijumpai di kawasan Laut Caribean dan Laut Merah.
eutrophiceutrofikSains MarinTiadaKeadaan sistem akuatik yang mempunyai kandungan nutrien tinggi dan berupaya menampung pertumbuhan pesat alga serta organisma penghasil primer yang lain. Contohnya, kawasan muara yang menerima banyak nutrien daripada aliran sungai dan air di permukaan.
fiordfiordSains MarinTiadaTebing tinggi yang terbentuk secara semula jadi, meminggir panjang ke laut dan sempit di antara tebing tinggi, seperti yang banyak terdapat di negara Norway. Kebanyakannya terdapat di kawasan glasier terkini atau yang lampau, menganjur di bawah aras air laut.
perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.
12

Kembali ke atas