Barclaya sp. | Barclaya sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan terapung yang melekat pada substrat. Barclaya sp. mempunyai daun berbentuk lanseolat dengan kedudukan seperti roset. Tumbuh-tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan Asia Tropika, Thailand dan Myanmar. Jenis-jenis Barclaya sp. termasuklah Barclaya longifolia, Barclaya motleyi dan Barclaya rotundifolia. |
atlantes | atlantes | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tiang atau penyokong berukir yang berbentuk figura seorang lelaki gagah berdiri atau berlutut. Tiang jenis ini banyak dihasilkan dan digunakan oleh jurubina zaman Barok di Jerman. Namanya berasal daripada nama dewa perkasa Atlas- Titan, yang digambarkan bertanggungjawab memikul dunia. |
polygynandry | poliginandri | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan banyak haiwan betina mengawan dengan banyak haiwan jantan secara rawak. Contoh, haiwan yang mengamalkan poligiandri ialah monyet Bonobos dan ikan hering. |
mating system | sistem mengawan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu corak pengawanan dalam kalangan haiwan. Sistem mengawan berlainan untuk jenis haiwan yang berbeza. Contohnya, haiwan jantan yang mengawan dengan banyak haiwan betina atau haiwan betina yang mengawan dengan banyak haiwan jantan. Terdapat empat jenis sistem mengawan, iaitu monogami, poliandri, poligini dan poliginandri. |
fringing reef | terumbu pinggir | Sains Marin | Tiada | Terumbu yang tumbuh di pesisir pantai berair cetek dan bersuhu suam. Terumbu pinggir juga agak muda berbanding dengan atol. Terumbu pinggir memerlukan banyak sumber cahaya matahari, dasar lautan yang sesuai, sumber nutrien yang rendah dan memerlukan air laut jernih untuk tumbesaran yang lebih baik. Terumbu jenis ini banyak dijumpai di kawasan Laut Caribean dan Laut Merah. |
polygyny | poligini | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan seekor jantan dipasangkan dengan banyak betina. Dalam poligini, haiwan betina akan bertanggungjawab untuk menjaga anak. Haiwan jantan dalam sistem mengawan ini dominan dan sentiasa akan bersaing dengan jantan yang lain bagi mempertahankan kawasan dan sumber yang terbaik. |
polyandry | poliandri | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan seekor haiwan betina dipasangkan dengan banyak ekor haiwan jantan. Dalam poliandri, haiwan jantan akan menerima telur daripada haiwan betina dan menjaganya sehingga dilahirkan. Contohnya, kuda laut jantan akan menerima telur daripada kuda laut betina, mensenyawakan, melindungi dalam kantung, melahirkan dan menjaga anak. |
monogamy | monogami | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan seekor haiwan jantan dipasangkan dengan seekor haiwan betina pada satu musim pembiakan atau seumur hidup. Monogami banyak berlaku dalam populasi burung. |
polyuria | poliuria | Veterinar | Tiada | Keadaan ternakan yang mengalami pengeluaran air kencing yang banyak dan melebihi tahap normal. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sesuatu penyakit atau pengambilan sesuatu jenis sebatian yang merangsang pengeluaran air dari glomerulus. Keadaan ini merupakan salah satu simptom diabetes dan boleh berlakui jika terdapatnya keradangan pada ginjal. |
Eriocaulon sp. | Eriocaulon sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh banyak di kawasan paya. Eriocaulon sp. dikenali juga sebagai Pipewort yang mempunyai bunga berbentuk bola di hujung tangkai bunganya. Dua jenis Eriocaulon sp. yang sering dijadikan tumbuhan akuarium ialah Eriocaulon cinereum dan Eriocaulon setaceum. |