dependency behavior | tingkah laku kebergantungan | Psikologi | Psikologi Umum | Tingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah. |
habit | tabiat | Psikologi | Psikologi Umum | Pola tingkah laku yang dipelajari yang kemudiannya berakar umbi dalam diri individu. Dalam konteks pembelajaran, tabiat ini dikaitkan dengan rangsangan yang banyak. Apabila lebih banyak rangsangan dikaitkan dengan sesuatu respons menyebabkan semakin kukuh tabiat yang dibentuk. Contohnya, tabiat merokok merupakan tabiat yang sukar dihentikan kerana tingkah laku ini berlaku dalam banyak situasi. Dalam kehidupan harian, terdapat beberapa tabiat yang dianggap buruk dan perlu dihapuskan. Antara yang dikenal pasti ialah mencarut, menyumpah, mengutuk, mengkritik, menonton televisyen secara berlebihan dan meminum minuman keras. |
hypothalamus | hipotalamus | Psikologi | Psikologi Umum | Struktur otak yang banyak memberi kesan kepada psikologi manusia dan haiwan. Struktur otak yang kecil seperti buah anggur ini dikatakan berfungsi sebagai pusat kawalan emosi dan beberapa dorongan biologikal lain yang berkait rapat dengan tingkah laku kemandirian. Hipotalamus boleh menjejaskan pelbagai tingkah laku seperti tingkah laku seks, kemarahan, suhu badan, pembebasan hormon, makan, minum, tidur dan emosi. |
social psychology | psikologi sosial | Psikologi | Psikologi Umum | Bidang yang banyak mengkaji tentang cara pemikiran, perasaan dan tindakan individu yang dipengaruhi oleh orang lain. Bidang ini menumpukan kajian pengaruh orang lain terhadap tingkah laku individu atau sebaliknya. Tingkah laku sosial yang menjadi tumpuan ahli psikologi sosial ialah pembentukan sikap, pemujukan, kefahaman diri, keagresifan, hubungan interpersonal, keakuran dan apa-apa sahaja tingkah laku yang berkaitan dengan hubungan individu dengan individu lain. Contohnya, ahli psikologi sosial boleh mengkaji alasan di sebalik peningkatan bilangan ramai orang yang sudi menolong mangsa bencana alam seperti puting beliung, banjir besar, tsunami dan runtuhan bangunan tinggi. |
psychology | psikologi | Psikologi | Psikologi Umum | Kajian saintifik yang mengkaji tingkah laku dan proses mental atau kognitif. Psikologi berasal dari perkataan Greek pysche yang bermaksud minda dan logos yang bermaksud pengetahuan atau kajian. Kajian psikologi biasanya memberi perhatian kepada tingkah laku yang nampak dan nyata, namun ahli psikologi juga memerhati tingkah laku yang terselindung atau tersirat seperti aktiviti-aktiviti pemikiran, emosi dan ingatan. Terdapat banyak cabang disiplin psikologi yang menjelaskan tingkah laku manusia dalam pelbagai aspek kehidupan mereka. |
ethology theory | teori etologi | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang digunakan untuk menjelaskan tingkah laku haiwan dalam habitat semula jadi. Menurut Hinde, teori ini banyak dikaitkan dengan teori evolusi Darwin. Contohnya, sejenis burung, Jackdaw akan menyerang benda-benda atau objek hitam yang berayun atau diayunkan. Hal ini demikian kerana tingkah laku naluri burung Jackdaw selalunya menyerang pemangsa yang menggonggong mangsa berwarna hitam yang dianggapnya sebagai Jackdaw. |
stimulants | perangsang | Psikologi | Psikologi Umum | Dadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian. |
bulimia | bulimia | Pendidikan | Tiada | Tingkah laku seseorang yang makan terlalu banyak kemudian sengaja memuntahkannya akibat kebingungan kerana tidak dapat membuat keputusan yang rasional untuk mengekalkan kecantikan badan. |
psychotherapy | psikoterapi | Psikologi | Psikologi Umum | Sebarang teknik terapi psikologi yang digunakan untuk membawa perubahan positif dalam personaliti, tingkah laku atau penyesuaian diri seseorang individu. Kebanyakan kaedahnya melibatkan interaksi verbal antara ahli terapi kesihatan mental profesional dengan kliennya. Sesetengah ahli terapi menggunakan prinsip pembelajaran untuk mengubah tingkah laku individu yang bermasalah. Antara teknik psikoterapi yang banyak digunakan dalam teknik rawatan ini ialah psikoanalisis, desensitisasi, terapi Gestalt, terapi berpusatkan klien, terapi realiti dan terapi tingkah laku. |
health psychology | psikologi kesihatan | Psikologi | Psikologi Umum | Bidang psikologi yang menumpukan perhatian kepada perkaitan antara tingkah laku dan pemuliharaan kesihatan di samping menjelaskan prinsip psikologi dalam sesuatu tindakan untuk mempromosikan kesihatan dan pencegahan penyakit. Penemuan baharu tentang penyakit yang dihidapi oleh manusia terutama yang bersifat kronik lebih banyak berkait secara langsung atau tidak langsung dengan gaya hidup individu. Tingkah laku berisiko seperti merokok, membiarkan stres berlarutan menyerang diri, penyalahgunaan dadah, amalan tingkah laku seksual yang tidak selamat, kurang bersenam atau memandu laju boleh menjadi punca berlakunya kecelaruan yang kronik. Ahli psikologi kesihatan biasanya akan mengkaji dan menyarankan beberapa teknik yang dipercayai boleh mengurangkan risiko kemalangan atau penyakit. Antara saranan yang dicadangkan ialah mendapat tidur yang secukupnya, menjaga berat badan, mengurangkan atau berhenti merokok, mengelakkan penyalahgunaan dadah dan meningkatkan senaman. |