Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modemodKimiaKimia Analisis1. Nilai yang paling banyak dicerap daripada satu siri nilai cerapan seperti yang ditunjukkan oleh lengkung taburan frekuensi. 2. Bentuk perambatan gelombang terpadu yang dicirikan oleh pola medan tertentu dalam satah yang melintang kepada arah rambatan.
CrossFitCrossFitSukanTiada1. Sejenis latihan berjeda keamatan tinggi yang menggabungkan banyak senaman kecergasan. 2. Nama jenama bagi suatu program senaman kecergasan bagi prestasi kesihatan yang lebih baik.
overinsuranceinsurans berlebihaninsuransTiada1. Keadaan yang wujud apabila insured telah membeli perlindungan yang lebih daripada nilai tunai sebenar atau kos mengganti sesuatu yang diinsuranskan. 2. Situasi yang melibatkan terlalu banyak perlindungan insurans hingga menggalakkan kewujudan bahaya moral atau morel.
glutamateglutamatFizikNanoteknologiGaram atau ester daripada asid glutamik, yang terdapat dalam jumlah yang banyak sebagai pemancar neuro dalam sistem saraf mamalia. Garam ini biasanya mempunyai berat molekul 147.13 gmol-1 dan bersaiz 0.70 nm.
nanosilicatenanosilikatFizikNanoteknologiBahan silika yang mempunyai struktur berliang yang banyak dan keluasan permukaan beberapa ratus meter persegi per gram. Contohnya, silikon dioksida (SiO2) berliang yang dapat disediakan dengan saiz liang berukuran beberapa mikrometer hingga mencapai 1 nm mengikut keperluan industri. Sifatnya yang utama adalah mempunyai ketahanan dan kestabilan haba, mekanik dan kimia disebabkan oleh rangkaian silika yang tegar dan tak termampat yang tinggi. Antara penggunaannya ialah sebagai pemangkin untuk mengasingkan bahan cemaran udara, reaktor membran dan sensor.
macroscopicmakroskopikFizikNanoteknologiSifat sistem yang kuantiti fiziknya dapat diukur atau dicerap secara terus. Bagi objek fizikal, saiznya melebihi 1 mm. Dari segi statistik, sistem ini merangkumi himpunan zarah yang banyak. Banding mikroskopik.
siliconsilikonFizikNanoteknologiUnsur kimia bukan logam, formula kimia, Si, dengan ciri nombor atom 14, valensi 4, berat atom 28.086, suhu lebur 1,410�C, suhu didih 2,355�C dan ketumpatan graviti 2.33. Unsur ini banyak terdapat pada kerak bumi dalam batu dan pasir sebagai sebatian silikon dioksida (SiO2). Bahan silikon tulen boleh berbentuk hablur dan amorfus. Bahan ini bersifat semikonduktor dan digunakan secara meluas dalam pembuatan peranti elektronik, seperti cip komputer, transistor dan diod. Sifat semikonduktor silikon dapat diubah melalui proses pengedopan dengan boron, fosforus atau arsenik.
collagenkolagenFizikNanoteknologiSebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm.

Kembali ke atas