glow peak | puncak bara | Fizik | Nanoteknologi | Pengujaan sesuatu cahaya yang dihasilkan oleh bara bagi sesuatu bahan. Puncak ini berada pada lengkung keamatan pancaran cahaya termopendarfluor melawan suhu pemanasan suatu gugusan sebatian yang terperangkap dalam suatu hablur. Puncak ini berpadanan dengan tenaga yang diperlukan untuk menyahperangkap pembawa cas dalam sebatian berkenaan. Contohnya, kadmium sulfida (CdS) dalam hablur ziolit Y dan protein aekuorin pada ubur-ubur A. Victoria bertindak dengan ion Ca2+ yang memberikan dua puncak bara utama pada 395 nm (uv) dan minor pada 475 nm (puncak bara biru). Puncak bara biru ini menyebabkan protein berpendafluor hijau pada ubur-ubur tersebut memberikan kilauan cahaya hijau. |
glow plug | palam bara | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Palam yang bertindak sebagai pemanas elektrik kecil dalam kebuk prapembakaran bagi enjin diesel. Palam bara berfungsi untuk memanaskan campuran udara-bahan api dalam ruang pembakaran supaya enjin yang berkeadaan sejuk mudah dihidupkan. |
glow plug | palam bara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemanas elektrik kecil yang dipasang di dalam kebuk prapembakaran enjin diesel, untuk melakukan pemanasan supaya enjin mudah dihidupkan pada waktu sejuk. |
fire screen | skrin pengadang api | Kesenian | Hiasan Dalaman | Skrin yang digunakan pada bahagian hadapan pendiang atau ruang unggun api untuk mengelakkan percikan bara. |
octastich | astabaris | Kesusasteraan | Puisi | Sesebuah puisi atau sajak yang pembentukannya terdiri daripada lapan baris a b a b a b dan c c. Dalam puisi moden, rima hujungnya adalah bebas, tetapi tidak bebas pada puisi pantun lapan kerat yang lazimnya terikat dengan pola, seperti contoh di bawah. Orang belayar dalam perahu, Haluan menuju ke Batu Bara, Sarat bermuat kain kapas, Kapas dibawa dari barat; Kasih tuan hambalah tahu, Bagai orang menggenggam bara, Rasa hangat tidak dilepas, Begitu benar kias ibarat. |
dabus | dabus | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis tarian rakyat yang terdapat di Perak, Dabus ditarikan oleh 15 � 18 orang penari. Tarian ini dipersembahkan semasa temasya perkahwinan, pesta pertabalan dan upacara keagamaan. Terdapat dua bahagian dalam tarian ini. Pertama, penari bergerak mengikut rentak gendang sambil menggoncang anak dabus. Kedua, penari berada dalam keadaan separa lupa sambil mencucuk lengan masing-masing dengan anak dabus dibiarkannya bergantung di lengan. Tarian ini dipercayai berasal dari Parsi dan dibawa ke Sumatera pada kurun ke-18. Seterusnya, tarian ini dibawa ke Pasir panjang, Setiawan, perak oleh seorang nakhoda kapal bernama Nakhoda Lombong dari Batu Bara, Acheh. Dabus berasal daripada perkataan Bugis yang bererti �Lembing tajam�. Dabus dikenali juga sebagai anak dabus yang dipegang oleh penari semasa mereka menari. |