hot products | barang tumpuan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Barangan yang menjadi sasaran pencuri. Antara ciri-ciri barangan tumpuan ialah barangan yang bernilai, barangan mudah alih, mudah ditanggalkan, mudah disembunyikan dan barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Contohnya, kenderaan, barang kemas dan peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer riba dan kamera. |
baccarat | bakarat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barangan kaca kristal yang mula-mula dibuat di timur Perancis pada sekitar abad ke-18. Pada mulanya, barangan kaca ini hanya terdiri daripada kaca tingkap, cermin muka dan peralatan mengukus. Namun, kemudian pengeluarannya berkembang kepada barangan ketuhar, lampu hiasan gantung, dan botol minyak wangi. Kecantikannya yang luar biasa menjadikan barangan ini diminati ramai. |
ad valorem tax | cukai ad valorem | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dikenakan terhadap barangan berdasarkan peratusan tetap atau mengikut kadar yang dikira atas nilai barangan. Jumlah cukai yang dikenakan berubah-ubah mengikut nilai barangan yang dicukai. Misalnya, cukai harta benda dan duti import. |
basaltes | basaltes | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barangan yang diperbuat daripada batu gunung berapi yang berwarna hitam dan keras, yang diperkenalkan oleh Josiah Wedgewood di Etruria, Staffordshire, England. Pada tahun 1768, barangan Wedgewood hitam ini telah dikembangkan menjadi barangan tembikar berwarna, yang dikenali sebagai Egyptian black oleh pembuat tembikar di Staffordshire. |
primary commodity | barangan utama | Ekonomi | Tiada | Barangan yang dikeluarkan melalui kegiatan pertanian atau kegiatan ekstraktif seperti bercucuk tanam, menangkap ikan, dan melombong. Misalnya, barang makanan, hasil pertanian, dan hasil perlombongan. Sinonim komoditi utama. |
goods-in-process coverage | perlindungan barangan dalam proses | insurans | Tiada | Perlindungan insurans kebakaran bagi barangan yang sedang dalam proses pembuatan. |
in-kind sponsor | penaja barangan | Pelancongan | Tiada | Syarikat atau individu yang menaja sesuatu program dalam bentuk barangan, bukan wang tunai. |
in-kind sponsor | penaja barangan; penaja perkhidmatan | Ekonomi | Tiada | Yayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dalam bentuk barangan atau perkhidmatan (bukan wang tunai) seperti perjalanan, penginapan, hadiah, makan minum dan lain-lain. |
in-kind sponsor | penaja barangan; penaja perkhidmatan | Komunikasi | Tiada | Yayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara dalam bentuk barangan atau perkhidmatan (bukan wang tunai) seperti perjalanan, penginapan, hadiah, makan minum dan lain-lain. |
junk drawer | laci rencam | Umum | Tiada | Laci untuk menyimpan pelbagai barangan atau objek kecil, sama ada barangan tersebut masih boleh digunakan, bernilai atau tidak dan mungkin mempunyai nilai sentimental. |