washing | basuhan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu langkah dalam proses mencuci filem menggunakan aliran air yang berterusan pada suhu dan masa tertentu dan dilakukan di dalam bilik gelap. |
greywater | air sisa basuhan | Alam Sekitar | Tiada | Air yang telah digunakan untuk aktiviti pembasuhan dan pembersihan (pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dan lain-lain). |
moving bed process | proses padatan bergerak | Kimia | Kimia Analisis | Proses untuk mendapatkan logam secara penukaran ion melalui penjerapan, basuhan kembali dan pengelusian. Proses ini dijalankan di dalam turus yang berbeza, yang resinnya bergerak dari satu peringkat ke peringkat yang lain. |
film processing | pemprosesan filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Langkah yang diperlukan untuk mencuci filem dalam kaedah radiografi seperti pembangun filem, larutan bantut, penetap, basuhan dan pengeringan. Setiap langkah ini dilakukan di dalam tangki pencuci yang mempunyai bahagian yang berbeza-beza pada suhu dan masa tertentu berdasarkan spesifikasi pengeluar filem. |