Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ta] | بات

Definisi : 1. = batu ~ bongkah segi empat bujur yg dibuat drpd tanah liat dan dibakar, digunakan utk tujuan pembinaan: rumah yg dibuat drpd ~; membakar ~; 2. sesuatu yg mempunyai bentuk bata: ~ emas; ~ garam; ~ timah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ta] | بات

Definisi : ; bata-bata, terbata-bata, kebata-bataan ragu-ragu, bimbang: ia agak terbata-bata menyambut tamu yg tidak disangka-sangka datangnya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ta] | بات

Definisi : 1 = batu ~ batu merah empat persegi yg dibuat drpd tanah liat bakar dan digunakan utk membuat dinding dll. 2 sesuatu yg bentuknya spt batu bata: ~ emas; ~ timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bata

Puisi
 

Sayang kenyalang berbonet bata,
     Baba Siong menjadi kerani;
Alang-alang bertikam mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hollow brickbata rongga/bata geronggangKejuruteraanTiadaTiada
hollow brickbata rongga/bata geronggangKesenianTiadaTiada
concrete brickbata konkritKejuruteraanKejuruteraan BangunanBata daripada campuran simen dan pasir dengan kandungan air tertentu. Ia mempunyai saiz yang sama dengan bata bakar. Ukuran bata konkrit ialah 225mm x 125mm x 65mm.
brick facingkemasan bataKejuruteraanKejuruteraan BangunanKemasan daripada susunan batu bata di luar kerangka kayu yang menyokong beban. Binaan daripada kemasan bata akan menyerupai bangunan bata walaupun struktur tersebut ialah struktur kerangka kayu.
flemish bondsusunan flemishKejuruteraanKejuruteraan BangunanSusunan bata yang setiap susunannya mengandungi bata pengepala dan bata peregang secara bersilih ganti. Susunan flemish terdapat pada dinding luar yang tebalnya tidak kurang daripada panjang seketul bata.
brickbataKesenianSeni BinaBahan binaan yang diperbuat daripada tanah liat berukuran 100 x 250 x 75 mm yang dibakar. Tahap kekuatan bata berbeza mengikut keperluan penggunaannya. Lazimnya, bata berkekuatan biasa digunakan untuk membuat dinding bangunan berkerangka, manakala bata kejuruteraan digunakan sebagai dinding penerima beban, tiang penerima beban, tembok penahan, jambatan dan pembinaan berkejuruteraan tinggi yang lain. Kaedah awal pembuatan bata adalah dengan menggunakan acuan. Namun melalui industri perkilangan, tanah liat dimampatkan dan dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Kini, terdapat bata tanah liat yang tidak dibakar tetapi menggunakan sambungan tanggam tanpa diikat dengan turapan. Selain itu, bata juga boleh dihasilkan daripada bahan-bahan lain seperti gabungan pasir dan simen, jerami dan simen, sampah sarap dan simen, serta silika dan gipsum.
composite walldinding rencamKejuruteraanKejuruteraan BangunanDinding yang dibina dengan menggabungkan beberapa jenis batu bata seperti bata merah, dan blok konkrit.
header brickbata kepalaLandskapTiadaKepingan bata yang terletak di bahagian teratas dalam susunan bata tembok atau dinding.
pressed brickbata termampatKejuruteraanKejuruteraan BangunanBata yang dihasilkan melalui proses mampatan dan lebih padat daripada bata bakar.
bondikatanKesenianSeni BinaCara susunan batu bata pada dinding atau struktur bangunan lain seperti rasuk, lantai, tiang, jenang tingkap atau jenang pintu. Terdapat pelbagai kaedah susunan batu bata bagi menguatkan ikatan batu bata tersebut menurut kaedah asal masyarakat yang mengamalkannya seperti susunan sisi, susunan Inggeris, susunan Fleming dan sebagainya. Bagi menguatkan ikatan antara batu bata, lazimnya digunakan jaring dawai pada setiap empat lapisan menegak batu bata, sementara bagi menguatkan ikatan atau pegangan struktur bangunan terhadap batu bata, kepingan logam digunakan sama ada berbentuk ekor ikan� bentuk L dan sebagainya, bergantung pada tahap kekuatan pegangan yang diperlukan.
12345678910...

Kembali ke atas