Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ti/] | باتيق

Definisi : kain yg bercorak (dilukis atau ditera dgn lilin dan dicelup); ~ cap batik yg dicap (dicetak); ~ Kelantan batik yg dibuat di Kelantan; ~ Semarang a) batik buatan Semarang; b) prb janda yg lebih cantik drpd semasa gadis; ~ tulisan (suratan) batik yg ditulis (disurat) dan bukan dicap; ~ Yogya batik yg dibuat di Yogya; umpama ~ lasam, makin dibasuh makin berbau prb makin lama makin bertambah baik;membatik membuat batik (dgn tangan): usaha ~ semakin mendapat tempat yg baik di Terengganu;batikan hasil membatik: anak-anak perempuan itu bersarung kain panjang ~ mereka sendiri;pembatikan 1. tempat membuat (perusahaan) batik; 2. cara membuat batik;pembatik pengusaha (pembuat) batik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ti/] | باتيق

Definisi : sj kain yg beraneka warna coraknya yg dibuat dgn cara-cara tertentu spt dicap atau ditulis: ~ cap batik yg dibuat dgn alat cap; ~ tulis batik yg dibuat dgn tangan (bukan dgn alat cap). membatik membuat (corak) batik. pembatik orang yg membuat batik; pengusaha batik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batik

Puisi
 

Kain batik selendang batik,
     Basuh tikar di atas batas;
Adik cantik abang pun cantik,
     Bagai dakwat dengan kertas.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Laksana batik lasam.

Bermaksud :

Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
batikbatikKesenianHiasan DalamanCorak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan berwarna. Pada peringkat awal, corak ini hanya berbentuk titik dan motif, tetapi kini corak batik sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Ada juga batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan dicelup warna, sebaliknya hanya menggunakan stensil atau skrin sahaja.
traditional directed economyekonomi terarah tradisionalEkonomiTiadaCabang ekonomi yang menyelesaikan masalah pengeluaran dan pengedaran mengikut amalan tradisi, iaitu dengan menyerahkan proses pengeluaran dan pengedaran yang dilakukan oleh bapa kepada anak cucu secara warisan. Amalan ini sangat meluas di negara mundur dan di negara sedang membangun. Misalnya, di Malaysia, nelayan dan pembuat batik di Pantai Timur selalunya mewariskan pekerjaan mereka kepada anak masing-masing.

Kembali ke atas