Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bau] | باءو

Definisi : sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : Id ukuran luas tanah (500 tombak persegi atau 78 850 kaki persegi atau 0.73 hektar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau] | باءو

Definisi : apa-apa yg dpt dicium dgn hidung, spt wangi, busuk: Busuk benar ~ bangkai tikus ini. ~-~ bacang pertalian keluarga yg sudah jauh. berbau mengeluarkan bau: Bangkai binatang bersepah-sepah dan ~ sangat busuk. membaui mencium-cium supaya dpt diketahui baunya: Kebanyakan binatang ~ apa-apa saja yg hendak dimakannya. bau-bauan segala yg berbau harum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun,
     sudah hendak berumah tangga.

Bermaksud :

Belum cukup umur sudah hendak beristeri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electronic nosehidung elektronikFizikNanoteknologiPeranti untuk mengecam bau komponen tertentu dan menganalisis kandungan kimianya bagi pengenalan sumber bau tersebut. Peranti ini meniru sistem hidung sebenar yang terdiri daripada susun atur sensor kimia dan sistem pengecaman corak yang menggunakan rangkaian neural buatan. Peranti ini digunakan secara meluas untuk mengawal kualiti dalam industri makanan, minuman dan kosmetik. Penggunaan lain ialah pengesanan bau bagi penyakit tertentu dalam diagnosis perubatan dan pengesanan kebocoran gas dan pencemaran alam sekitar.
sensory charactersciri deriaHerbaTiadaSifat yang menerangkan jenis dan keamatan warna, bau dan rasa, serta tekstur bahan. Ciri deria berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah herba dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Penentuan ciri deria dilakukan secara melihat dengan mata kasar, menghidu, merasa dengan mulut dan menyentuh dengan jari. Sifat bau ialah seperti wangi, busuk atau tengik, rasa seperti manis, masam atau pahit, dan tekstur seperti halus, kasar atau lembut.
acridakridHerbaFitoterapiBau yang tidak menyenangkan atau rasa yang pedar, pedas dan tajam seperti cuka.
altered smellhidu terubahKejururawatanTiadaKeupayaan deria bau yang berubah akibat gangguan reseptor olfaktori di mukosa hidung.
aromatic planttumbuhan beraromaPertanianTiadaTumbuhan yang menghasilkan bau atau aroma sama ada wangi, busuk, hancing dan sebagainya. Aroma yang dihasilkan sama ada kuat, sederhana atau sedikit. Aroma ini mencirikan tumbuhan. Aroma ini berfungsi kepada tumbuhan untuk menarik agen pendebungaan. Sebahagian tumbuhan menghasilkan aroma yang berguna kepada manusia sebagai bahan pewangi badan dan udara, perasa makanan dan menghalau serangga.
zingeronezingeronHerbaTiadaFormula C11H14O3. Sebatian organik yang menyebabkan rasa pedas dan bau wangi dalam halia.
aromiaaromiaBiologiTiadaSpesies Cerambycidae atau kumbang bersesungut panjang yang mempunyai kelenjar bau pada koksa di kaki belakang. Serangga ini merembeskan ester asid salisilik bak kesturi. Larvanya merupakan pengorek batang pokok willow. kumbang kesturi.
extract profileprofil ekstrakHerbaPemiawaianCiri atau maklumat tentang sesuatu ekstrak herba seperti Profil Fizikal (bau, warna, sifat fizikal, kepekatan dan kelarutan), profil fitokimia [Profil TLC (Thin Layer Chromatography)], Profil GCMS (Gas Chromatography Mass Spectrometer) dan Pemprofilan Biologi. Profil ekstrak digunakan dalam monograf herba.
grounding techniqueteknik bumianPsikologiTiadaKaedah pengawalan diri untuk mengawal tekanan, serangan panik dan kebimbangan melalui teknik bau, rasa, pendengaran dan penglihatan.
bipolar cellsel dwikutubSains SukanBiomekanikNeuron sensori khusus untuk pemindahan deria tertentu, yang berfungsi sebagai sebahagian daripada laluan sensori untuk bau, penglihatan, pendengaran dan fungsi vestibular (sistem yang mengatur pergerakan dan keseimbangan).
12

Kembali ke atas