channel catfish virus (CCV) | virus ikan keli terusan (CCV) | Perikanan | Akuakultur | Sejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot. |
metaphorical solution | penyelesaian kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian kisah yang dibuat secara kiasan, analogi atau perbandingan melalui imej yang mempunyai keselarian dan perkaitan makna dengan kisah yang diceritakan. Sesetengah pengarang membuat peleraian terhadap sesuatu permasalahan dalam karya mereka secara lebih kreatif melalui unsur metafora tetapi tidak secara terus. Cara ini akan melahirkan kesan keindahan dalam karya dan berupaya mengerakkan minda pembaca untuk berfikir secara kritis. Contohnya, novel Seluang Menodak Baung karya Shahnon Ahmad. Ribut yang melanda Kampung Ternas pada akhir cerita tersebut boleh dianggap sebagai penyelesaian kiasan kepada pergolakan antara tradisi dalam pembaharuan. |
reality effect | kesan realiti | Kesusasteraan | Tiada | Butiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan. |