underwater work | lakuan bawah air (Polo Air) | Sukan | Tiada | Perlakuan bawah air yang dilakukan oleh pemain-pemain, pada sukan pola air. |
underwater site | tapak bawah air | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak arkeologi yang terletak di bawah permukaan air sama ada di laut, sungai, tasik, lombong atau paya. Tapak ini terdiri daripada pelabuhan purba, bangkai kapal, pembentukan kelodak dan tambatan pesisir pantai atau sungai. Kajian tapak bawah air ini dapat mengenal pasti jenis bentuk industri dan perdagangan yang dijalankan oleh masyarakat pada masa tersebut. Antara tapak bawah air yang terkenal ialah penemuan kapal kepunyaan Viking di Oslo Fjord, Scandinavia. |
submerged spring | mata air tenggelam | Hidrogeologi | Tiada | Mata air yang meluahkan airnya di bawah permukaan air bebas, sebagai mata air bawah laut atau mata air bawah tasik. Sin.: mata air bawah air, mata air tenggelam |
underwater archaeology | arkeologi bawah air | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Subbidang arkeologi yang tertumpu pada warisan kebudayaan yang terdampar di bawah permukaan air termasuk kapal karam dan kota yang tenggelam. Subbidang ini meliputi arkeologi maritim dan arkeologi nautika. Contoh penyelidikan arkeologi bawah air yang telah dijalankan di Malaysia ialah penyelidikan Kapal Risdam dan Desaru yang karam di perairan Johor, serta Kapal Diana di Selat Melaka. |
survey | survei | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah tinjauan secara sistematik ke atas permukaan tanah, bawah tanah, bawah air dan udara untuk mengesan tapak arkeologi. Survei merupakan tahap awal dan penyelidikan arkeologi. Survei permukaan tanah antaranya melibatkan proses berjalan kaki. Survei bawah tanah melibatkan alat bantuan seperti penggemaan. Survei bawah air menggunakan kaedah menyelam manakala survei udara menggunakan pendekatan foto udara dan penginderiaan jarak jauh. Tujuan survei adalah untuk menentukan potensi sesebuah tapak. |
underwater communication | komunikasi bawah air | Fizik | Tiada | Tiada |
underwater lamp | lampu bawah air | Perikanan | Tiada | Tiada |
underwater sound | bunyi bawah air | Fizik | Akustik | Bunyi yang dihasilkan, dihantar dan diterima di dalam lautan, yang digunakan untuk mencari kedudukan objek yang tenggelam. |
underwater environment | alam sekitar bawah air | Undang-undang | Tiada | Tiada |
underwater attack | serang bawah air (Polo Air) | Sukan | Tiada | Tiada |