survey | survei | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah tinjauan secara sistematik ke atas permukaan tanah, bawah tanah, bawah air dan udara untuk mengesan tapak arkeologi. Survei merupakan tahap awal dan penyelidikan arkeologi. Survei permukaan tanah antaranya melibatkan proses berjalan kaki. Survei bawah tanah melibatkan alat bantuan seperti penggemaan. Survei bawah air menggunakan kaedah menyelam manakala survei udara menggunakan pendekatan foto udara dan penginderiaan jarak jauh. Tujuan survei adalah untuk menentukan potensi sesebuah tapak. |
undercroft | kebuk bawah tanah | Kesenian | Seni Bina | Ruang atau bilik yang dibina di bawah tanah untuk dijadikan sebagai tempat penyimpanan. Ruang seperti ini banyak dibina semasa Zaman Pertengahan, contohnya Myres Castle di Scotland yang dibina pada tahun 1300. Pada masa kini, kebuk bawah tanah dibina di bangunan-bangunan untuk pelbagai tujuan seperti tempat meletakkan kenderaan. |
underground cell | bilik kurungan bawah tanah; unit bawah tanah | Sejarah | Tiada | Tiada |
catacomb | kubur bawah tanah | Sejarah | Tiada | Perkuburan bawah tanah yang berlorong dan berserambi seperti yang terdapat dalam zaman Rome kuno. |
crypt/crypta | kripta | Kesenian | Seni Bina | 1. Bilik atau ruang kekubah besar di bawah tanah atau separa bawah tanah di bawah lantai utama gereja yang digunakan sebagai tempat pengebumian. 2. Ruang kekubah yang panjang dan sempit di bawah paras tanah atau atau separa bawah tanah di bawah bangunan untuk menyimpan bijirin. 3. Ruang yang panjang dan sempit yang digunakan sebagai tempat laluan bertingkap yang bersambung dengan rumah dalam seni bina Rom. |
dungeon | kurungan bawah tanah | Sejarah | Tiada | Tempat kurungan yang dibina di bawah tanah untuk menahan pesalah atau tahanan perang. |
subway | jalan bawah tanah | Pelancongan | Tiada | Jalan atau laluan (kereta api) yang dibina di bawah tanah. |
underground parking | medan kereta bawah tanah | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kemudahan tempat letak kereta yang dibina di bawah tanah. |
underground runoff (seepage) | larian bawah tanah (resipan) | Pertanian | Tiada | Air yang meresap di bawah tanah, iaitu mengalir dengan perlahan, ke arah alur-alur sungai selepas penyusupan melalui permukaan tanah. |
lost river | sungai lenyap | Hidrogeologi | Tiada | Sungai permukaan yang menghilang sama sekali ke bawah tanah, seperti melalui ponor (atau lubang langgah), dan memasuki aliran bawah tanah. Sungai seperti ini didapati, terutamanya, di kawasan kars, (USGS, Glossary of karst terminology). Ruj.: USGS, Monroe 1970 Sin.: sungai tenggelam, sungai menghilang |