Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.yang] | بايڠ

Definisi : 1. tempat yg tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda: jangan engkau makan dlm ~; 2. lembaga gelap yg wujud pd suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar: ~ orang; 3. gambar pd cermin (air dll): melihat ~ sendiri di air; 4. rupa yg tidak jelas dlm gelap: ternampak ~ orang datang dlm gelap; 5. ki gambaran dlm fikiran, khayal: sudah ada ~ dlm ingatanku;~ disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti; ~ sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri; ~ tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan; dimabuk ~ prb ingin akan sesuatu yg mustahil; takutkan ~ sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri;berbayang, berbayang-bayang 1. kelihatan spt bayang-bayang: tampak ia berjalan ~ di dlm kabut; 2. tampak dlm fikiran dll: ~ dlm ingatannya apa yg akan terjadi kalau ia pergi;membayang menyebabkan adanya bayang-bayang, spt bayang-bayang: ia menjaga supaya penanggungan batinnya tidak ~ keluar;membayangi, membayang-bayangi mengenakan bayang-bayangnya pd, menggelapi dgn bayang-bayangnya akan sesuatu: pokok itu tidak subur hidupnya kerana sentiasa dibayangi pokok-pokok lain; tidak boleh ~ orang sedang makan;membayangkan, membayang-bayangkan 1. membuat gambaran dlm fikiran: dapatkah engkau ~ apa yg akan terjadi kalau meletus perang dunia sekali lagi? 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terang: dlm percakapannya dibayangkannya sedikit tentang kehendaknya; 3. mencerminkan, memberikan gambaran: wajahku ~ apa yg tersembunyi di dlm perasaan hatiku;terbayang, terbayang-bayang 1. seakanakan tampak: wajah anaknya ~ di matanya: 2. kelihatan, tampak: pd mukanya ~ cahaya gembira; 3. (sudah) ada tanda-tandanya, (sudah) kelihatan tetapi tidak dgn jelas sekali: konsep struktur dalaman dan struktur permukaan diperkenalkan dgn tegas dlm versi ini walaupun konsepnya telah ~ dlm versi 1957;terbayangkan dapat dibayangkan (dlm fikiran);bayangan 1. bayang-bayang; 2. tanda-tanda tentang sesuatu (mis kejadian yg akan berlaku, tindakan atau keputusan yg akan diambil, dll);pembayangan perihal membayang(-bayang)-kan;pembayang sesuatu yg memberi bayangan tentang sesuatu yg lain, sesuatu yg membayangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.yang] | بايڠ

Definisi : , = bayang-bayang 1 tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2 bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3 gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin, air dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4 lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. berbayang kelihatan sbg bayang-bayang dlm air dll: Pohon-pohon yg tumbuh di tepi-tepi sungai itu kelihatan ~ dlm air. membayang 1 dpt dilihat spt bayang-bayang; kelihatan samar-samar: Kerana bajunya tipis, maka susuk tubuhnya tampak ~. 2 dpt ditanggap keadaannya; tergambar: Segala penderitaan yg hendak disembunyikannya itu ~ pd wajahnya. membayangi 1 menutupi atau melindungi dgn bayang-bayang: Pd waktu petang pula, pohon ketapang itu ~ bahagian belakang rumah kami. 2 ki mengikut jejak langkah; mengawasi: Ke mana saja dia pergi, ada saja orang yg ~nya. membayangkan 1 menggambarkan sesuatu dlm fikiran: Dlm menungannya, ia ~ dirinya sbg pengusaha yg berjaya mengurus perusahaannya. 2 menyatakan sesuatu tidak dgn terus terang: Dia telah ~ hasratnya hendak bertanding dlm pilihan raya yg akan datang. terbayang 1 seakan-akan dpt dilihat: Wajah anaknya ~ di ruang matanya. 2 kelihatan bayangnya; tampak berbayang. bayangan 1 bayang; bayang-bayang. 2 sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. pembayangan perbuatan atau hal membayangkan. pembayang sesuatu yg membayangkan keadaan yg sebenarnya: ~ maksud. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayang

Puisi
 

Kain batik merah mirap,
     Palembang anak Raja Bayang;
Nampak adik darah tersirap,
     Badan bak rasa bayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh).

Bermaksud :

Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
fablefabelKesusasteraanTiadaCerita dongeng yang pendek dalam bentuk prosa atau puisi yang bertujuan untuk memberi pengajaran moral. Biasanya cerita yang dipaparkan menampilkan watak binatang atau objek yang diberikan sifat-sifat manusia. Contoh: Cerita �Anjing dan Bayang-bayang
poesy/poetrypuisiKesusasteraanPuisiHasil karya sastera berbentuk puisi yang diciptakan oleh seseorang penyair. Contohnya, puisi "Anak Asia" karya Baha Zain. Meski hitam atau kuning warna kulitnya bayi itu tak berdosa untuk diwariskan keganasan atau diajar apa ertinya kehidupan dengan cara pembunuhan atau dibesarkan dengan susu berbau mesiu di bawah bayang-bayang sepatu perang
iconic imagecitra ikonikKesusasteraanPuisiBayang atau cerminan gambaran sesuatu ikon atau sesuatu objek yang membentuk pemikiran penyair lalu dipaparkan dalam frasa ataupun kalimat.
imaginationpencitraanKesusasteraanPuisiBerkait rapat dengan proses pembayangan dan pencerminan sesuatu objek atau unsur alam semulajadi. Semakin tinggi daya bayang seseorang penyair semakin realistiklah sesuatu unsur yang dicitrakannya, walaupun belum pemah dilihat dalam alam realitinya. Puisi ini menggambarkan tentang situasi, tempat, peristiwa, objek dan sebagainya. Contohnya, puisi "Kemarau Kota" karya Mokhtar Yassin. Sinonirn imaginasi. Azan pagi dan hatiku sepi jauh dari tangis Liza tawa Ani fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota tawaku kemarau di dada kota.
satiresatiraKesusasteraanPuisiCorak puisi yang berupa kecaman, cemuhan atau sindiran tetapi disampaikan secara halus dan kesannya amat tajam. Contohnya. seperti pantun di bawah. Dalam semak ada duri, Ayam kuning buat sarang; Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dengan bayang.
ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif.

Kembali ke atas