Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ya.ngan] | بايڠن

Definisi : 1. bayang-bayang; 2. tanda-tanda tentang sesuatu (mis kejadian yg akan berlaku, tindakan atau keputusan yg akan diambil, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ya.ngan] | بايڠن

Definisi : 1 bayang; bayang-bayang. 2 sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bayanganbayanganKesusasteraanTiadaTiada
shadowingpembayangan;bayangan rod kawalanKejuruteraanTiada1. Bayangan rod kawalan: Kesan bayangan di antara rod kawalan yang keberkesanan sesuatu rod berkurangan apabila dimasukkan rod yang lain.
shadowbayanganKomunikasiTiadaKesan gelap yang wujud akibat daripada sumber cahaya yang dilindungi. Kesan kontras antara bayangan dengan cahaya terang akan membentuk imej tiga dimensi. Penggunaan bayangan yang kreatif akan mewujudkan kesan yang dramatik seperti suasana sugul, malap atau seram.
control rod shadowingbayangan rod kawalanKejuruteraanTiadaKesan bayangan di antara rod kawalan yang keberkesanan sesuatu rod berkurangan apabila dimasukkan rod yang lain.
phantom linegaris bayanganKesenianTiadaGarisan halus untuk menunjukkan bayangan pergerakan sesuatu benda dalam lukisan.
velocity imagebayangan halajuKimiaTiadaLembaga segi tiga pada gambarajah halaju mekanisme yang berpadanan dengan segi tiga yang dibentuk oleh penghubung-hubung mekanisme berkenaan [Rajah B4]. Kedua-dua segi tiga itu ialah segi tiga serupa. Konsep bayangan halaju penting kerana apabila halaju bagi dua titik pada penghubung telah ditentukan pada poligon halaju, maka halaju untuk titik ketiga boleh ditentukan dengan melukis bayangan halaju. Lihat juga gambarajah halaju.
velocity imagebayangan halajuMekanikGunaanLembaga segi tiga pada gambarajah halaju mekanisme yang berpadanan dengan segi tiga yang dibentuk oleh penghubung-hubung mekanisme berkenaan [Rajah B4]. Kedua-dua segi tiga itu ialah segi tiga serupa. Konsep bayangan halaju penting kerana apabila halaju bagi dua titik pada penghubung telah ditentukan pada poligon halaju, maka halaju untuk titik ketiga boleh ditentukan dengan melukis bayangan halaju. Lihat juga gambarajah halaju. RAJAH B4 (Rujuk ms. 10)
depth of focuskedalaman fokusKejuruteraanTiadaJarak yang satah bayangan dapat digerakkan tanpa menjejaskan sangat mutu kejelasan bayangan.
shadow password filefail kata laluan bayanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerFail sistem dalam sistem pengendalian LINUX dan UNIX yang mengandungi ID pengguna dan kata laluan tercincang. Berbeza dengan fail kata laluan biasa yang boleh dicapai oleh sebarang pengguna, fail kata laluan bayangan diletakkan dalam ruang storan yang hanya boleh dicapai oleh sistem pengendalian. Hal ini boleh mengelakkan pemintasan fail kata laluan oleh pengguna hasad yang memperoleh capaian ke sistem sasaran. Fail kata laluan pengguna hanya akan mengandungi penunjuk yang merujuk kepada fail kata laluan bayangan.
shading-flatpembayangan-rataTeknologi MaklumatTiadaKaedah untuk menghasilkan kesan bayangan pada poligon yang akan digunakan untuk menghasilkan imej 3 dimensi. Kaedah pembayangan paling asas yang digunakan untuk objek yang diwarnai dengan satu warna sahaja. Kaedah ringkas ini digunakan untuk menjana kesan bayangan pada keadaan atau latar tiga dimensi dengan menggunakan satu titik sumber cahaya sahaja. Algoritma khas digunakan bagi mengira kesan bayangan yang dihasilkan pada setiap objek (poligon) yang menyebabkan beberapa kesan yang tidak diingini turut terjana. Terdapat juga algoritma yang digunakan untuk mengira dan menjana kesan penyerlahan objek dan proses ini menyebabkan imej kelihatan seperti blok.
12345678910

Kembali ke atas