ball flower | bunga bebola | Kesenian | Hiasan Dalaman | Unsur hiasan dalam seni bina yang terdiri daripada bentuk seakan-akan bola yang terletak di antara kelopak bunga. Bunga bebola mula digunakan pada akhir abad ke-13 dan menjadi terkenal pada awal abad ke-14. Bunga bebola ini juga boleh disusun pada jarak yang sama dalam satu barisan dalam ruang ukiran yang biasanya di sebelah bingkai tegak. |
ball joint | sambungan bebola | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sendi yang boleh berubah-ubah kedudukannya yang mengandungi bebola di dalam soket atau selongsong, digunakan pada sistem gantungan depan dan sistem stereng. |
ball bearing | galas bebola | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Galas antigeseran yang mempunyai laluan dalaman dan luaran untuk membolehkan satu atau beberapa baris bebola keluli diletakkan. |
plant ball | bebola tumbuhan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sejenis makanan yang berbentuk bulat dan diperbuat daripada bahan utama seperti protein kacang, kentang, tepung beras, minyak sayuran dan sebagainya. Tekstur dan rasanya seakan bebola daging. |
veggie ball | bebola sayuran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sejenis makanan yang berbentuk bulat dan diperbuat daripada bahan utama seperti kacang pea, lobak merah, jagung, lada dan sebagainya. |
ball bearing | galas bebola | Sukan | Lumba Basikal | Alat berbentuk bulat yang diperbuat daripada besi atau logam-logam lain,yang terdapat di semua bahagian yang bergerak pada basikal. |
ophthalmitis | oftalmitis | Herba | Fitoterapi | Radang pada bebola mata. |
cam | sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Unsur bebola yang mempunyai profil lengkung tidak sepusat yang mengawal komponen lain melalui gerakan putaran. |
cam follower | pengikut sesondol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen berbentuk bebola atau berpermukaan rata yang bersentuhan dengan aci sesondol dan bergelangsar dengan cuping sesondol. Apabila aci sesondol berputar, komponen ini akan memindahkan gerakan putaran aci sesondol kepada gerakan turun naik injap mengikut geometri cuping sesondol. |
antifriction bearing | galas antigeseran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Galas yang menggunakan bebola, pengguling atau pengguling tirus. |