beka | beka | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Pajanella longifolia. Nama tempatannya ialah bonglai. Gubal dan teras kayu ini biasanya berwarna coklat kelabu, dan sukar dibezakan antara kedua-duanya. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang agak bersimpul. Kayu beka mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 350 hingga 370 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang ringan dan lembut. |
Keris Buah Beka | Keris Buah Beka | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai bentuk huruf 'U' yang kelihatan bulat tumpul di bahagian hujung mata. Sin: Keris Bungkal. |
dagger tree | beka utan | Perhutanan | Tiada | Tiada |
Oroxylum indicum | Beka, bonglai kayu, kulai | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Bignonaceae juga dikenali sebagai bonglai kayu dan kulai. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan lembab. Batangnya tegak dengan daunnya jenis bipinat tertumpu di bahagian hujung batang. Bunganya berbentuk corong, bersaiz besar dan berwarna putih. Tangkai bunganya tumbuh tegak di hujung batang. Buahnya jenis folikel dan bijinya leper bersayap putih. Akar dan kulit batangnya digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit, sakit perut dan sakit sendi. Daun digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, bengkak otot dan sakit kepala. Bunga dan buah muda boleh dimakan sebagai sayur dan ulam. |
Oroxylum indicum | beka | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Bignonaceae yang dikenali juga sebagai bonglai kayu dan kulai. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di tepi sungai dan kawasan lembap. Batangnya tegak dengan daunnya jenis bipinat tertumpu di bahagian hujung batang. Bunganya berbentuk corong, bersaiz besar dan berwarna putih. Tangkai bunganya tumbuh tegak di hujung batang. Buahnya jenis folikel dan bijinya leper bersayap putih. Akar dan kulit batangnya digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, cirit-birit, sembelit, sakit perut dan sakit sendi. Daunnya digunakan untuk mengubati demam, sakit perut, bengkak otot dan sakit kepala. Bunga dan buah mudanya boleh dimakan sebagai sayur dan ulam. |
Keris Bungkal | Keris Bungkal | Keris | Tiada | Lihat Keris Buah Beka. |
inflorescence | jambak bunga | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bahagian pokok yang mengandungi sekelompok atau gugusan bunga. Terdapat beberapa jenis jambak bergantung pada susunan bunga. Contohnya, jambak jenis panikel seperti mangga (Mangifera indica), jenis spika seperti pokok ekor kucing (Acalypa hispida), jenis rasem seperti pokok beka (Oroxylum indicum), jenis umbel seperti bunga tahi ayam (Lantana camara), jenis spadiks seperti kelemoyang (Homalomena sagitifolia), jenis kapitulum seperti bunga matahari (Helianthus annuus) dan jenis katkin seperti rambai (Baccaurea motleyana). |