Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.kas] | بکس

Definisi : 1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; berbekas mempunyai bekas (tanda dll): tangannya masih ~ tanah; membekas meninggalkan bekas: kesankesan yg diterimanya ~ dalam sekali pd jiwanya;membekaskan membuat bekas, meninggalkan bekas: kata-katamu itu ~ kesan pd hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan (menaruh) sesuatu; ~ sirih tempat sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : 1 tanda-tanda yg terdapat pd sesuatu selepas dipegang dll; kesan: Di atas tangga yg basah itu, kelihatan ~ tapak kasut. 2 dahulunya pernah menjadi… tetapi sekarang tidak lagi: ~ askar seseorang yg dahulunya pernah menjadi askar. ~ luka (kudis) parut pd kulit kerana luka (kudis). ~ tangan hasil kerja tangan seseorang. berbekas ada atau tampak bekasnya atau tandanya: Tangannya masih ~ tanah. membekas 1 meninggalkan bekas: Kesedihannya tidak ~ keluar. 2 menimbulkan kesan yg kuat; sangat berkesan: Segala nasihat gurunya ~ dlm hatinya. membekaskan meninggalkan sesuatu sbg bekas atau kesan: Peristiwa itu ~ kenangan di hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan atau tempat mengisikan sesuatu: ~ sirih tempat menyimpan sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas

Puisi
 

Terang bulan bagai dibasuh,
     Bulan tidak mengambang lagi;
Tinggal kain bekas tubuh,
     Badan tidak bersama lagi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liquid dispenserpemindah cecairKimiaKimia AnalisisAlat yang digunakan untuk memindahkan cecair dari satu bekas ke bekas yang lain dengan isi padu tertentu, contohnya pipet.
receiverpenerimaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas silinder yang menyimpan cecair pendingin daripada bahagian kondenser. Bekas ini juga digunakan untuk menyerap gelembung gas dan wap yang tertinggal dalam sistem selepas pembersihan dan pengeringan.
reactor pressure vessel (RPV)bekas tekanan reaktorSains NuklearKejuruteraan ReaktorKomponen di dalam reaktor nuklear yang mengandungi teras reaktor dan sistem, struktur, dan komponen. Bekas tekanan reaktor berfungsi untuk membendung bahan penyejuk bertekanan tinggi dan sebagai perisai sinaran.
tin can APIAPI bekas tinTeknologi Maklumate-PembelajaranNama API yang dibangunkan oleh sebuah syarikat persendirian Advanced Distributed Learning (ADL) untuk mengakses perisian aplikasi berasaskan web khususnya e-pembelajaran. Kemudiannya, API Bekas Tin dijadikan piawaian dan dijenamakan sebagai API pengalaman (xAPI). Lihat juga API Pengalaman (xAPI).
uxoricidepembunuhan isteriKriminologiKeadilan JenayahTindakan membunuh yang dilakukan oleh suami atau bekas (mantan) suami terhadap mangsa yang merupakan isteri atau bekas isteri pelaku.
cupcawan; lengkung; mangkuk; piala (P.JAS)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Cawan: Bekas minuman berbentuk mangkuk yang terbuka, biasanya mempunyai pemegang, tapak dan dasar.,2. Mangkuk: Bekas yang dalam daripada tembikar dan lain-lain mengisi lauk-pauk, nasi dan lain-lain.
hatching traytalam penetasanPerikananAkuakulturBekas berbentuk empat segi atau bulat yang digunakan untuk melakukan persenyawaan antara telur ikan betina dengan sperma ikan jantan. Talam penetasan kebiasaannya diperbuat daripada plastik dan terdapat juga bekas yang bingkainya sahaja diperbuat daripada plastik atau besi dan dipasangkan dengan jaring.
countercurrent distributiontaburan arus lawanKimiaKimia AnalisisTaburan campuran zat terlarut yang berulang di antara dua pelarut tak boleh campur dalam satu siri bekas dalam mana dua fasa pelarut bersentuhan. Komponen tertabur di dalam bekas berdasarkan pekali sekatan masing-masing. bd. pengekstrakan arus lawan.
packaging containerbekas pembungkusanPertanian OrganikTanaman Makanan-
transportation containerbekas pengangkutanPertanian OrganikTanaman Makanan-
123456789

Kembali ke atas