political cleavage | belahan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gambaran bahawa terdapatnya konflik atau perpecahan dalam sesebuah masyarakat sama ada dalam bentuk etnik, kelas mahupun ideologi. Kehadiran kelompok-kelompok yang berkonflik antara satu sama lain ini menggambarkan masyarakat tersebut mempunyai berbagai-bagai kelompok yang berbeza aliran, kaum dan kelas. Oleh sebab mahu mempertahankan kepentingan dan hak, maka kelompok-kelompok ini sering mengalami pertentangan dan menyebabkan kesepaduan tidak dapat diwujudkan. Belahan politik ini berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Terdapat masyarakat yang tinggi belahannya seperti di India dan terdapat juga yang sedikit seperti di Brunei Darussalam. |
bamboo split | belahan buluh | Buluh | Tiada | Potongan buluh yang mempunyai lapisan luar dan dalam, terhasil daripada pembelahan buluh secara memanjang. |
thermal neutron fission | belahan neutron terma | Kejuruteraan | Tiada | Pembelahan nukleus disebabkan neutron terma. |
fissure | rekahan | Sains Marin | Tiada | Kesan belahan yang dalam, memanjang dan sempit yang jelas kelihatan sempit dengan suatu kesan retakan jelas seperti dalam batu atau di dalam tanah (bumi). Kata ini berasal daripada perkataan latin fissura yang bermaksud rekahan. Contoh rekahan geologikal yang terbesar dapat dilihat di San Andreas Fault, California yang menganjur dari San Diego sehinggalah ke San Fransisco yang terjadi disebabkan oleh beberapa siri gempa bumi. |
bamboo strip | bilahan buluh | Buluh | Tiada | Potongan belahan buluh yang rata, dan tidak mempunyai lapisan luar serta dalam. |
bamboo splitting | pembelahan buluh | Buluh | Tiada | Proses untuk menghasilkan belahan buluh secara manual atau mesin. |
bamboo bundle | berkas buluh | Buluh | Tiada | Sekumpulan buluh bulat, belahan atau bilahan yang diikat. |
glued bamboo | buluh berperekat | Buluh | Tiada | Buluh dalam pelbagai bentuk seperti bilahan dan belahan yang direkatkan antara satu sama lain. |
cord | kord | Perhutanan | Tiada | Unit isi padu kayu yang digunakan untuk susunan kayu bulat atau kayu belahan dan berdasarkan kepada dimensi luar (4 x 4 x 8) kaki atau 128 kaki padu. Unit ini biasanya digunakan dengan meluas di Amerika Syarikat dan Kanada. |
bamboo sliver | urai buluh | Buluh | Tiada | Serat halus yang panjang, nipis dan tajam yang terhasil daripada bilahan atau belahan buluh. |