Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lang] | بلڠ

Definisi : (bélang) belok, kelok;berbelang; ~-belok berkelok-kelok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang] | بلڠ

Definisi : 1. jalur-jalur yg lain warnanya drpd warna dasar: kucing ~; kuda ~; pak ~ harimau; 2. ki noda, cacat, perangai (yg buruk); menunjukkan ~nya a) memperlihatkan sifatnya (yg sebenar); b) memperlihatkan kekuasaannya; harimau menunjukkan ~nya prb orang yg memperlihatkan kekuasaannya; orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan ~nya prb orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk;berbelang mempunyai belang: tapak catur ~ putih hitam;berbelang-belang mempunyai belang yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lang] | بلڠ

Definisi : warna yg lebih drpd satu dan berjalur-jalur atau berpetak-petak bentuknya; loreng yg berwarna-warni: harimau ~. berbelang mempunyai belang. berbelang-belang mempunyai belang yg banyak: Bajunya ~ hitam putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belang

Puisi
 

Kayu mati patah tergalang,
     Anak helang tersangkut betisnya;
Harimau mati tinggalkan belang,
     Dari belang datang bengisnya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Harimau mati meninggalkan belang,
     gajah mati meninggalkan daging,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Art DecoArt DecoKesenianHiasan DalamanGaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem.
etiologyetiologiKesusasteraanTiadaKajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung.

Kembali ke atas