election expense | belanja pilihan raya | Undang-undang | Tiada | Pembayaran yang dibuat atau belanja yang dikeluarkan oleh seseorang calon atau ejennya dalam sesuatu pilihan raya. Had maksimum belanja pilihan raya ditetapkan oleh undang-undang. |
medical expense insurance | insurans belanja perubatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans kesihatan yang menyediakan faedah belanja perubatan, pembedahan dan hospital. Istilah ini juga digunakan untuk perlindungan Insurans Belanja Hospital Pembedahan dan Insurans Rawatan Perubatan. |
general expenses | belanja am | Pentadbiran | Tiada | Belanja pengendalian yang berkaitan secara langsung dengan pengurusan am sesebuah syarikat seperti gaji pekerja pejabat, bayaran ansuran dan lain-lain. |
allowable expenses | belanja dibenarkan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Belanja yang dibenarkan mengikut peruntukan akta percukaian. |
accrued expense | belanja terakru | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Belanja yang dilakukan dan direkodkan didalam satu tempoh akaun yang pembayarannya hanya akan dibuat pada tempoh akaun akan datang. |
intangible expenses | belanja tidak ketara | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Belanja bagi maksud penggerudian yang diberi potongan di bawah Akta Cukai Pendapatan Petroleum. |
legal expense insurance | insurans belanja guaman | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans kumpulan yang membayar belanja guaman untuk ahli berdasarkan jadual yang ditetapkan. |
extra expense insurance | insurans belanja tambahan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembayaran balik kepada insured atas belanja tambahan berpatutan yang ditanggung untuk meneruskan operasi sesebuah perniagaan apabila harta ditetapkan telah rosak akibat peril yang dilindungi oleh kontrak. Insurans ini biasanya digunakan oleh peniaga apabila penerusan operasi, tanpa mengambil kira perbelanjaan, adalah perlu. Contoh: kedai dobi, bank atau lain-lain bidang perkhidmatan. |
unallocated claim | belanja tuntutan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perbelanjaan penyelarasan tuntutan yang tidak boleh dicaj secara khususnya kepada sebarang tuntutan. Contoh: gaji pekerja dan belanja pejabat bagi Jabatan Tuntutan tidak boleh diambil kira. |
expediting expenses | belanja penyegeraan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perbelanjaan yang ditanggung untuk mempercepatkan kerja pembaikan atau penggantian untuk mengurangkan amaun kerugian oleh bencana yang dilindungi polisi. Kebanyakannya digunakan berhubung dengan Insurans Ganggu Niaga serta Insurans Dandang dan Jentera. Belanja penyegeraan biasanya dilindungi jika mereka mengurangkan amaun kerugian yang sepatutnya dibayar oleh insurer. |