bai‘ fasid | jual beli fasid/jual beli tak sah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang pada asalnya mengikut syarat dan rukun jual beli tetapi kemudian terdapat pelanggaran syarat dan rukun jual beli tersebut. Contohnya, pembeli menerima produk yang telah rosak. Oleh itu, pembeli berhak mendapat ganti rugi atau menamatkan jual beli. Mengikut mazhab Syafii, jual beli ini dianggap batal. Lihat juga bai‘ batil. |
bai‘ batil | jual beli batal | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang pada asalnya tidak menepati syarat dan rukun jual beli. Jual beli ini tidak sah di sisi syarak kerana wujud unsur penipuan. |
bai‘ gharar | jual beli gharar/jual beli tak pasti | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang melibatkan ketidakpastian pada produk atau harga. Contohnya, menjual produk yang belum pasti wujud, spesifikasi produk tidak jelas, tidak mampu menyerahkan produk kepada pembeli dan harga tidak ditentukan. Jual beli ini tidak sah kerana salah satu pihak mengalami kerugian. Lihat juga gharar. |
bai‘ salam | jual beli salam | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang dilakukan dengan bayaran tunai semasa akad, manakala penyerahan produk ditangguhkan. Jual beli salam hanya bagi produk yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, jenis, kualiti dan bukan daripada produk jenis ribawi. Jual beli tempahan juga termasuk dalam jual beli salam sekiranya bayaran diserahkan terlebih dahulu dan produk yang ditempah diterima kemudian. Sekiranya produk belum ada dan tidak yakin boleh disediakan, jual beli ini ditegah dan dikenali sebagai bai‘ ma‘dum. Jual beli salam merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli kerana produk yang hendak dijual belum ada dalam pemilikan penjual, tetapi penjual berkeupayaan untuk menyediakannya. Sinonim bai‘ salaf. |
bai‘ fuduliy | jual beli fuduli/jual beli tanpa izin | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli barangan milik orang lain tanpa keizinan atau tanpa diberi kuasa oleh pemiliknya. Urus niaga ini tidak sah mengikut Mazhab Syafii, tetapi Mazhab Hanafi menerimanya dengan syarat mendapat pengesahan pemilik barangan tersebut. |
bai‘ mauquf | jual beli dengan persetujuan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang bergantung pada persetujuan daripada pemilik barang. Sekiranya dilakukan tanpa persetujuan, jual beli ini dikenali sebagai jual beli fuduli. Contohnya, menjual sebuah kenderaan yang tidak mendapat persetujuan pemilik asal. Apabila mendapat persetujuan, bai‘ mauquf menjadi jual beli yang sah mengikut mazhab Hanafi dan Maliki. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, jual beli barang tanpa persetujuan pemilik adalah terbatal walaupun kemudian mendapat persetujuan pemilik. Sinonim mauquf. |
recurring sale | jual beli istijrar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Jual beli dengan mengambil barangan sedikit demi sedikit secara berterusan dan membayar keseluruhan harganya kemudian. Jual beli ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu tanpa deposit atau bersama deposit. Contohnya, jual beli istijrar tanpa deposit ialah pembeli sentiasa mengambil barang keperluan harian daripada pekedai pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga secara tunai pada hujung bulan. Jual beli istijrar bersama deposit pula ialah pembeli meletakkan sejumlah wang terlebih dahulu kepada pekedai dan mengambil barang keperluan harian daripada pekedai tersebut pada sebarang masa dan membayar keseluruhan harga pada hujung bulan menggunakan wang deposit berkenaan. Sekiranya wang deposit melebihi harga, wang tersebut akan dikembalikan atau dibawa ke hadapan. Sekiranya wang deposit tidak mencukupi, maka pembeli akan melunaskannya. Sinonim bai‘ istijrar jual beli istijrar. |
bai‘ bat | jual beli sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang muktamad dengan menepati syarat dan rukun jual beli. Penjual dan pembeli tidak boleh membuat khiyar, iaitu pilihan sama ada meneruskan atau menamatkan akad jual beli. |
bai‘ ja’iz | jual beli dibolehkan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang boleh dilakukan dalam keadaan logik seperti akad yang wujud di bawah pelbagai akad apabila pihak berkontrak mempunyai pilihan untuk menggunakan akad yang bersesuaian mengikut pilihan mereka. Jual beli yang tidak logik tidak boleh dianggap sebagai suatu jual beli, seperti ingin menjual burung yang masih berterbangan di langit. |
bai‘ musawamah | jual beli runding | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang harga jualannya boleh dirunding tanpa perlu menyatakan nilai keuntungan. Jual beli berlaku apabila persetujuan harga tawar-menawar dicapai. Sinonim musawamah. |