Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lum] | بلوم

Definisi : masih dlm keadaan tidak; masih tidak: Buah ini ~ masak. sebelum ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Cekur jerangau belum habis lagi.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loss reserverizab kerugianinsuransTiadaAnggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Tarif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer.
puberfoniapuberfoniaSains KesihatanTiadaSuara lelaki dewasa yang seperti suara kanak-kanak lelaki belum baligh, iaitu suara belum pecah.
account receivableakaun belum terimaEkonomiTiadaJumlah wang yang belum diterima oleh penjual daripada penjualan yang dibuat secara hutang.
outstanding premiumpremium belum lunasinsuransTiadaPremium yang perlu dibayar tetapi kutipan belum dibuat.
losses incurred but not reportedkerugian tertanggung belum laporinsuransTiadaKerugian yang telah berlaku tetapi belum dilaporkan kepada insurer atau reinsurer. Pada akhir setiap tempoh kewangan, insurer patut menyediakan rizab untuk menampung kos kerugian sedemikian.
account receivable insuranceinsurans akaun belum terimainsuransTiadaInsurans terhadap kerugian yang berlaku apabila insured gagal mengutip akaun belum terima apabila rekod rosak atau hilang disebabkan oleh bencana yang dilindungi oleh polisi insurans.
uncalled capitalmodal belum panggilPentadbiran PerniagaanTiadaSebahagian daripada modal yang telah diterbitkan dan diuntukkan oleh syarikat kepada pemegang saham tetapi belum dibayar sepenuhnya.
paid-up life insuranceinsurans hayat berbayarinsuransTiadaInsurans hayat yang semua premiumnya telah dibayar tetapi manfaat insurans masih belum dibayar kerana polisi tersebut belum matang atau tidak berlaku kematian.
science fictionfiksyen sainsKesusasteraanTiadaFiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains.
unearned premiumpremium tidak terperolehinsuransTiadaBahagian premium asal belum menjadi hak insurer dan sekiranya polisi dibatalkan, maka bahagian tersebut dikembalikan kepada empunya polisi. Contoh: dalam hal premium tahunan, selepas satu bulan tempoh premium terdapat 11/12 daripada premium tersebut yang masih belum terperoleh.
12345678910

Kembali ke atas