paid-up life insurance | insurans hayat berbayar | insurans | Tiada | Insurans hayat yang semua premiumnya telah dibayar tetapi manfaat insurans masih belum dibayar kerana polisi tersebut belum matang atau tidak berlaku kematian. |
discount | diskaun | Ekonomi | Tiada | 1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut. |