Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl ombak, air bah; air ~ air pasang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /béna/ peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : benah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bena

Puisi
 

Naik kuda pakai pelana,
     Kuda ditambat perdu buluh;
Jangan tuan bena tak bena,
     Kalaulah sungguh katakan sungguh.


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whiteflybena putihPerikananAkuakulturSejenis serangga perosak berwarna putih yang sering menyerang tumbuhan akuatik timbul seperti pokok Hygrophila deformis dan Echinodorus sp. Bena putih ini juga merupakan serangga perosak utama yang menyerang tanaman, seperti tanaman padi, cili dan tomato. Contoh spesies bena putih ialah Bemesia tabaci.

Kembali ke atas