Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nam] | بنم

Definisi : masuk ke dlm (air dll), tenggelam; berbenam, membenam 1. menenggelamkan diri, tenggelam: ia melompat ke dlm air dan membenam beberapa waktu; apakah yg membenam dlm air? 2. menghilangkan diri, bersembunyi: mahu rasanya dia ~ saja dlm biliknya dr pagi hingga ke petang utk membaca; membenamkan 1. menenggelamkan, memasukkan ke dlm air dll: suatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dlm perut bumi; 2. menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan: kerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka; 3. ki memasukkan ke dlm jel;terbenam 1. tenggelam, masuk: matahari ~ di ufuk barat; 2. terpendam: harta ~;benaman hasil membenam, membenamkan atau terbenam: pelabuhan bertaraf antarabangsa dulunya hanya berupaya menampung kapal dengan ~ 14.5 meter.pembenaman perihal (proses, perbuatan dsb) membenamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nam] | بنم

Definisi : ; berbenam 1 berada dlm air dll; berendam: Kerbau ~ di dlm kubang. 2 ki berkurung (dlm rumah dll): Pd hari minggu, dia hanya ~ di rumah. membenam masuk ke dlm sesuatu sehingga tenggelam atau terhenti: Ketika itu, matahari mula ~ di ufuk barat. membenamkan 1 memasukkan sesuatu ke dlm air (lumpur dsb); menenggelamkan: Dia telah ~ barang-barang curian itu ke dlm sungai. 2 menyebabkan menjadi tenggelam; mengampuh: Air dr empangan yg pecah itu telah ~ beberapa buah rumah. terbenam 1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
countersunkbenamKejuruteraanTiada1. Benam: Keadaan lubang yang dijara dengan menggunakan mata benam.
countersunk screwskru benamKejuruteraanTiadaSkru yang kepalanya dibentuk supaya padan dengan lubang benam, dengan kepala itu dinamai kepala benam.
countersunk screwskru benamKesenianTiadaSkru yang kepalanya dibentuk supaya padan dengan lubang benam, dengan kepala itu dinamai kepala benam.
lost headpaku benamKesenianTiada1. Paku benam: Paku yang boleh dibenamkan ke dalam kayu hingga tidak kelihatan kepalanya.
countersinkerpenggerudi benamKejuruteraanTiadayang digunakan untuk menebuk lubang benam.
countersunk holelubang benamKesenianTiadaLubang untuk memasukkan skru benam.
countersink bitgerudi benamKesenianTiadaAlat untuk membuat lubang skru benam atau rivet.
combination screw sinkgerudi skru benamKesenianTiadaGerudi untuk membuat lubang skru benam.
ponor see also sink holeponor lihat juga lubang benamHidrologiTiadaLubang benam yang biasanya berupa suatu lubang kecil yang menuju ke suatu alur bawah tanah. (GG).
counterborejara balasKejuruteraanTiada1. Sejenis gerudi benam rata, digunakan untuk menjara tempat dudukan skru benam .,2. Membesarkan bahagian mulut lubang gerudi untuk menempatkan kepala skru soket dan sebagainya, dengan bahagian yang itu dinamai jara balas.
1234567

Kembali ke atas