package dyeing | pakej mencelup | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses mencelup benang bulu yang telah siap dipintal, kemudian digulung menjadi satu bentuk besar yang berlubang-lubang. Pewarna yang telah dipanaskan akan meresapi keseluruhan benang melalui lubang-lubang tersebut. Benang- benang itu seterusnya dikeringkan, diurai dan ditenun. |
chenille | cenil | Kesenian | Hiasan Dalaman | Benang atau bahan fabrik yang dihasilkan melalui proses yang unik. Cenil berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud ulat bulu. Ahli sejarah tekstil berpendapat bahawa benang jenis cenil merupakan ciptaan terbaharu pada abad ke-18, yang kemudiannya menjadi jalur untuk menghasilkan benang cenil dan yan cenil. |
Gros point | titik Gros | Kesenian | Hiasan Dalaman | Teknik mengait benang jahit suji bilang dengan menggunakan jahitan benang pada kanvas. |
pile yarn | yarn pail | Kesenian | Hiasan Dalaman | Yarn daripada benang yang membentuk rumpunan pada karpet yang dikenali juga sebagai muka benang. |
plush | plush | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permukaan atas tekstil atau benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat, dipotong mengikut kaedah pail atau nap yang menyerupai baldu atau fustian. Tenunan atau tekstil daripada benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat yang dipotong mengikut kaedah pail atau nap. Plush digunakan secara meluas untuk upholsteri, perabot serta digunakan untuk membuat pakaian dan topi. Plush moden dihasilkan daripada serat tiruan seperti poliester atau rayon. Plush berasal daripada perkataan Perancis iaitu peluche. |
tapestry | dewangga | Kesenian | Hiasan Dalaman | Fabrik tebal (tekat, sulam atau tenun tangan) yang bercorak hiasan, yang menggambarkan peristiwa bersejarah atau semasa. Coraknya dibentuk menggunakan benang pakan yang diolah di atas benang ira yang dikehendaki sahaja. Fabrik ini digunakan untuk hiasan dinding dan hiasan pelengkap rumah. |
gingham | genggang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Fabrik tenunan yang dibuat daripada kapas yang mempunyai corak petak berwarna pada permukaan putih. Fabrik ini dihasilkan melalui proses benang kapas campuran yang dicelup dibuat daripada benang yang berwarna, sederhana dan halus. |
ply | lembar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lapisan bahan yang telah digabungkan dengan lapisan lain untuk memberikan kekuatan. Biasanya digunakan untuk lapisan kain, kayu atau serat. Kebanyakan yarn memiliki bahan yang berlapis, atau dilipat, iaitu benang yang terdiri daripada dua atau lebih benang yang dipintal bersama. |
glass-wool insulation | penebatan benang kaca | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
cross hair | penenang; rambut silang; benang silang (KEJ) | Sukan | Tiada | Tiada |