Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1. (mara) bahaya, kecelakaan: melihat ~ yg menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami; ~ alam bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dll); 2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan: banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~; hendak seribu daya, benci seribu ~ prb membuat sesuatu dgn kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan drpd kebalikannya;membencanai ark menyukarkan, mengkhianati, menipu;membencanakan membuat (membawa) bencana; kebencanaan sesuatu yg mendatangkan bencana, kecelakaan: humanisme Barat yg mendatangkan ~ dlm kesenian dan ilmu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ca.na] | بنچان

Definisi : 1 sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa; kecelakaan: Dlm ~ itu, tiga orang pekerja telah mati ditimpa batu. ~ alam bencana atau kecelakaan yg berlaku, spt gempa bumi dan banjir. 2 kesusahan yg disebabkan oleh sesuatu; gangguan: Mudah-mudahan engkau terselamat drpd ~ hantu dan syaitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bencana

Puisi
 

Mari masak dengan santan,
     Ikan duri panjang setual;
Belum tahu bencana intan,
     Mahal beli murah dijual.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Mati rusa kerana tanduknya.

Bermaksud :

Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi).

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
indirect damagekerosakan tidak langsunginsuransTiadaKerugian akibat daripada berlakunya bencana tetapi bukan disebabkan secara langsung atau serta-merta oleh bencana berkenaan. Kerosakan tidak langsung boleh dilindungi oleh insurans. Contoh: gangguan perniagaan kepentingan pajakan, sewa dan sebagainya.
indirect losskerugian tidak langsunginsuransTiadaKerugian yang timbul akibat bencana yang diinsuranskan, tetapi tidak dirasai serta-merta. Contoh: kehilangan sewa apabila rumah yang disewakan terbakar atau kehilangan keuntungan apabila kebakaran menyebabkan kemampuan pengeluaran kilang berkurangan.
eco-anxietyekokebimbanganPsikologiTiadaKetakutan terhadap kerosakan alam sekitar atau bencana ekologi.
post-apocalypticpascamalapetakaKesusasteraanTiadaBerkenaan dengan sesuatu kejadian selepas malapateka atau bencana.
selective mobilizationkerahan terpilihSains PolitikPolitik PerbandinganKerahan tenaga yang dilaksanakan apabila berlaku bencana yang tidak begitu serius atau yang tidak mengancam keselamatan nasional. Kerahan tenaga ini hanya melibatkan mereka yang terpilih bagi mengawal keadaan seperti pihak tentera atau polis. Contohnya, kerahan tenaga semasa berlakunya mogok, demonstrasi atau piket.
field hospitalhospital lapangan/hospital medanPerubatanTiadaSebuah hospital sementara yang biasanya didirikan di kawasan yang mengalami bencana atau yang memerlukan kemudahan kesihatan untuk menampung jumlah pesakit yang ramai.
global warmingpemanasan globalPelanconganTiadaPeningkatan suhu dunia disebabkan oleh proses pembangunan yang tidak terancang dan mengakibatkan bencana alam, seperti banjir kilat, dan kepupusan spesies flora dan fauna.
neutral zonezon berkecualiSukanLumba BasikalKawasan dan masa yang tidak dikira dalam pertandingan,oleh sebab kemalangan atau bencana alam.
medical basepangkalan perubatanKesihatan AwamTiadaKawasan penempatan perubatan sementara yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa kesihatan di tempat berlakunya bencana seperti penyakit berjangkit.
psychological first aidbantuan awal psikologiPsikologiTiadaProsedur yang disediakan untuk menawarkan pertolongan atau sokongan kepada individu yang mengalami bencana, krisis atau keganasan.
123

Kembali ke atas