hate crime | jenayah benci | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang bersifat prejudis dan didorong oleh perasaan benci yang menyasarkan seseorang kerana individu tersebut dikaitkan dengan sesuatu bangsa, agama, orientasi seksual, ideologi atau kumpulan sosial. Contohnya, mangsa yang dibunuh kerana perasaan benci pelaku jenayah akibat keterlibatan aktif mangsa dalam mana-mana kumpulan sosial. |
anger | marah | Kejururawatan | Tiada | Perasaan benci, dendam, kecewa, hampa dan sebagainya yang mungkin mencetuskan pergaduhan dan permusuhan. Keadaan ini boleh dirawat dengan kaunseling atau ubat. |
xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. Bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contohnya, 'benci tetapi rindu'. |
emotion | perasaan | Kesusasteraan | Puisi | Kesan perasaan dalam puisi yang timbul daripada sifat pemilihan serta penyusunan perkataan, ungkapan dan ayat dalam baris-barisnya. Antara perasaan yang dimaksudkan itu ialah suka, bangga, simpati, sedih, marah dan benci. Sinonim emosi. |
leonine rhyme | sajak absara | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang rimanya terdapat atau terletak antara dua perkataan ataupun lebih dalam sesuatu baris. Ini dapat dilihat pada gurindam dua baris di bawah. Jangan mengata jangan mengeji Jangan aniaya bengis dan benci. |
dominant impression | kesan utama | Kesusasteraan | Puisi | Kesan terpenting yang dirasakan selepas pembacaan sesebuah puisi. Kesan puisi ini boleh menggores perasaan tentang kekejaman yang berakhir dengan kematian. Contohnya, puisi "Bunga Popi" karya Usman Awang. Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan, Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian, Kami benci pada perang penuh pembunuhan ! Kami rindu pada damai sepanjang zaman! |
chain rhyme | rima berangkai | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi. |
Oedipus complex | kompleks Oedipus | Kesusasteraan | Tiada | Nafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams. |