set | set | Matematik | Tiada | Suatu pungutan objek atau benda. Benda-benda itu dikenali sebagai unsur. Contoh: (i) A = {a, b, c} bermakna set A mempunyai unsur a, b dan c. (ii) I = { x: x ialah integer} bermakna set I mengandungi integer. |
insured value | nilai berinsurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jumlah wang yang ditetapkan oleh pengirim ke atas benda-benda pos berinsurans. Nilai yang sama dibayar sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan benda-benda pos tersebut. |
pyrometer | meter piros | Kejuruteraan | Petroleum | Alatan yang digunakan untuk mengukur suhu benda, terutama benda-benda yang mempunyai suhu yang di atas julat meter suhu raksa, yakni apabila meter suhu raksa tidak boleh digunakan. Sebagai contoh, meter ini digunakan untuk mengukur suhu ekzos pada enjin. |
liner completion | pelengkapan pelapik | Kejuruteraan | Petroleum | Pelengkapan telaga yang menggunakan pelapik bagi mendapatkan perhubungan di antara reserbor dengan lubang telaga serta bagi mengatasi beberapa masalah yang berhubungan dengan masuknya benda-benda yang tidak dikehendaki dari reserbor ke dalam lubang telaga semasa telaga berkenaan berpengeluaran. Pelapik umumnya dipasang di hujung bawah retentan selongsong pengeluaran. Benda-benda asing yang tidak dikehendaki ialah seperti pasir, batuan sedimen dasar dan lain-lain. dengan adanya pelapik, kemasukan benda-benda asing tersebut boleh dicegah atau dikurangi. |
personal chattels | benda-benda peribadi | Undang-undang | Tiada | Tiada |
object drawing | lukisan benda | Kesenian | Tiada | Lukisan lakar atau lukisan cat yang menggambarkan benda-benda seperti botol, peralatan rumah atau buah-buahan. |
artefact | artefak | Kesusasteraan | Tiada | 1. Benda-benda buatan manusia purbakala seperti kapak batu, tombak dan sebagainya. |
asset | aset | Geografi | Tiada | Wang, harta, benda-benda bernilai yang dimiliki oleh seseorang, suatu kumpulan atau syarikat. |
asset | aset | Matematik | Tiada | Wang, harta, benda-benda bernilai yang dimiliki oleh seseorang, suatu kumpulan atau syarikat. |
asset | aset | Pentadbiran | Tiada | Wang, harta, benda-benda bernilai yang dimiliki oleh seseorang, suatu kumpulan atau syarikat. |