Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : (bénténg) 1. tembok (drpd batu, tanah, dll) utk mempertahankan kota dll drpd serangan musuh: ~ serupa itu dgn mudah dapat ditembusi musuh; 2. tempat yg diperkuat dgn tembok: Singapura merupakan ~ pertahanan Sekutu dlm Perang Dunia Kedua; 3. tembok atau binaan yg dipertinggi (drpd tanah dll) utk menahan air atau menyokong jalan atau landasan kereta api; 4. tempat yg bertembok di sekeliling tempat tinggal tentera, kubu: pd malam hari, tentera Belanda tidak dibenarkan keluar ~; 5. pertahanan terhadap ancaman, faktor (unsur) yg mempertahan atau melindungi sesuatu: Malaysia dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara; 6. tir (nama sj buah catur); berbenteng mempunyai benteng;berbentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng;membentengi memperkuat (menahan dll) dgn benteng, mempertahankan, melindungi: ketenangan adalah senjata yg ~ diri drpd menyerlahkan sifat-sifat buruk manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bén.téng] | بينتيڠ

Definisi : /bénténg/ 1 dinding drpd batu utk melindungi kota drpd serangan musuh: ~ besi sekalipun akan hancur oleh meriam sebesar itu. 2 tempat yg diperkuat dgn tembok batu; tempat yg dikelilingi tembok utk kediaman askar; kubu: Askar kompeni semuanya tinggal di dlm ~. 3 sesuatu yg digunakan utk menguatkan atau utk mempertahankan sesuatu yg lain; sesuatu yg digunakan sbg tempat bertahan: Malaysia biasanya dianggap sbg ~ demokrasi di Asia Tenggara. berbenteng ada bentengnya. berbentengkan ada sesuatu sbg benteng: Mereka ~ batang pisang. membenteng membuat benteng pd (di): Mereka ~ kawasan itu dgn dinding batu yg kukuh. membentengi 1 merupakan benteng pd: Tembok batu ~ kota itu. 2 ki melindungi. membentengkan menggunakan sesuatu sbg benteng: Orang-orang kampung ~ batang pisang sbg perlindungan. pembentengan perihal, perbuatan dsb membenteng, membentengi atau membentengkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benteng


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
groinbenteng hakisanSains MarinTiadaStruktur binaan kukuh seperti jeti yang panjang, sempit dan rendah yang dibuat daripada kayu balak, batu, konkrit atau keluli. Benteng dibina dari pantai dan menghala ke laut bagi mengelakkan hakisan pada pantai dengan cara memerangkap serta mengumpul pasir untuk menstabilkan pantai. Sekiranya dibina dengan banyak, struktur ini disebut dataran benteng hakisan yang berfungsi untuk menstabilkan kawasan pantai yang lebih luas.
rampartbentengSains MarinTiadaPermatang sempit yang berukuran 1-2 m tinggi yang dibina menghadap laut untuk menahan hakisan ombak. Sinonim tetembok.
ramparttetembokSains MarinTiadaLihat benteng.
interludeselinganKesusasteraanPuisiSesuatu citra lain yang disisipkan oleh penyair di antara dua citra utama yang berkaitan. Dalam puisi ini ombak dan laut diimejkan seorang nenek dan anak gadis. Contohnya, puisi "Laut" karya Kemala. Akulah laut gadis, cantik tidur di peraduannya sisik-sisik riak di tubuhku Iukisan detik dan tarian angin bersatu dIg.emersik ingin saujana ketenangan ini. Akulah laut pemuda tangkas asuhan waktu gelegak ombak menjadi kata deru menjengkau ufuk muzik terdampar ke benteng karang lalu kenal diri.

Kembali ke atas