absolute age | umur sebenar | Sains Marin | Tiada | Usia geologi bagi sesuatu fosil, batuan, bentuk muka bumi atau peristiwa geologi yang ditentukan melalui kaedah penentuan usia secara pentarikhan 75 radiokarbon. |
landscape resources | sumber jaya landskap | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Ciri-ciri yang membentuk sesuatu rupa bumi seperti pemandangan, tumbuhan (flora), fauna, dan bentuk muka bumi. |
user interface design | reka bentuk antara muka pengguna | - | Tiada | Reka bentuk dalam perisian atau peranti berkomputer yang berfokuskan rupa atau gaya antara muka pengguna. |
facial symmetry | simetri muka | Sains Kesihatan | Tiada | Kesepadanan antara bahagian muka kanan dengan bahagian muka kiri dari segi saiz, bentuk dan susunan. |
graphical user interface (GUI) | antara muka grafik pengguna (GUI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Antara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasaskan aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual, GUI. |
graphical user interface (GUI) | antara muka grafik pengguna (GUI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah generik yang merujuk antara muka sesuatu perisian atau aplikasi dalam bentuk ikon, menu atau visual yang perlu diaktifkan dengan menggunakan peranti penuding (contoh tetikus) bagi menjalankan perisian atau aplikasi tersebut. GUI berlawanan dengan antara muka berasas aksara yang memerlukan pengguna menaip aksara yang membentuk arahan seperti MS-DOS atau UNIX. Sinonim antara muka visual. |
visual designer | pereka bentuk visual | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang bertanggungjawab mereka cipta produk berbentuk visual secara digital dengan mengimbangi keperluan urusan, estetik reka bentuk, pelanggan dan tujuan jenama organisasi. Umumnya, seseorang pereka bentuk visual perlu mempunyai kemahiran reka bentuk antara muka dan grafik. |
font style | gaya fon | - | Tiada | Variasi muka taip dalam bentuk normal, huruf tebal, huruf condong atau gabungan huruf tebal dan huruf condong. |
nanoparticle | nanozarah | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Zarah bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer dengan lapisan antara muka di sekitarnya. Lapisan antara muka mungkin terdiri daripada ion logam, molekul organik dan tak organik dan sebagainya. |
responsive course design | reka bentuk kursus responsif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Paparan antara muka sesuatu sistem e-pembelajaran yang direka bentuk untuk berubah secara automatik mengikut jenis peranti paparan yang digunakan. |