continental margin | pinggir benua | Sains Marin | Tiada | Zon dasar lautan yang menjadi perantaraan di antara benua (daratan) dan dasar lembangan lautan atau dari pinggir pantai hingga ke sempadan laut dalam. Pinggir benua terdiri daripada pelantar benua, cerun benua dan cangkat benua. |
epicontinental sea | laut epibenua | Sains Marin | Tiada | Laut cetek merangkumi kawasan tengah benua yang terbentuk semasa peningkatan aras air laut kesan daripada pergerakan plat benua. Pada zaman moden kini, benua mempunyai paras laut yang tinggi dan rendah. Contoh laut epibenua ialah Teluk Hudson. Sinonim laut pedalaman. |
insular shelf | pentas pulauan | Sains Marin | Tiada | Kawasan lantai lautan yang sama seperti pentas benua yang mengelilingi suatu pulau sehingga kedalaman 600 kaki. Kawasan ini merupakan suatu jasad daratan yang berada di bawah air yang menganjur dari dataran benua menyebabkan pembentukan kawasan air cetek. Kebanyakan pentas kepulauan ini terdedah sewaktu era glasier dan antara glasier. |
geoid | geoid | Sains Marin | Tiada | Bentuk bumi yang dianggap sebagai min permukaan aras laut yang diunjur berterusan merentasi benua atau sebagai sebuah permukaan tak selanjar yang lebih rendah daripada permukaan sferoid di bawah lautan, tetapi lebih tinggi di bawah benua. Geoid juga dipengaruhi oleh graviti dan putaran bumi, dan juga faktor lain seperti angin dan pasang surut. |
pangea | pangea | Sains Marin | Tiada | Gabungan benua yang wujud semasa akhir era paleozoik dan awal era mesozoik, iaitu sekitar 335 juta tahun yang lampau dan mula berpisah sekitar 175 juta tahun dahulu. |
plate | plat | Sains Marin | Tiada | Kepingan yang terdiri daripada kerak benua dan juga lautan yang terdapat di dalam bahagian litosfera bumi. |
shelf | pentas | Sains Marin | Tiada | Umumnya merujuk unjuran lapisan batuan dan khususnya ialah pentas benua. Sinonim pelentar. |
island arc | lengkok kepulauan | Sains Marin | Tiada | Rantaian kepulauan yang terbentuk daripada lantai laut dalam dan hampir dengan benua yang terdiri daripada rangkaian gunung berapi. Pembentukannya berpunca daripada pergerakan plat tektonik. Kebanyakan lengkok kepulauan ini terhasil sebagai satu plat tektonik lautan yang menjurus ke dalam antara satu sama lain yang dapat menghasilkan magma pada kedalaman di bawah plat yang bertindih. Contoh muka bumi ini banyak terdapat di kepulauan Kurel (Russia) dan kepulauan Jepun. |
accretionary ridge | permatang akretan | Sains Marin | Tiada | Sedimen dan serpihan batu yang telah terkumpul apabila plat lautan turun memenuhi plat utama (lautan atau benua) di zon subduksi. Sedimen atau serpihan batu di permatang ini kebanyakannya sedimen marin dikikis dari plat lautan yang menurun. |
ocean floor | dasar lautan | Sains Marin | Tiada | Kawasan keseluruhan dasar laut di bawah aras air surut dan terbahagi kepada dua, iaitu lembangan lautan dan pinggir benua. Dasar lautan juga merujuk keseluruhan dasar laut di bawah tikas air surut. Kebanyakan lautan mempunyai ciri-ciri struktur yang umum yang dihasilkan oleh fenomena fizikal yang kebanyakannya hasil pergerakan tektonik dan sedimen daripada pelbagai sumber. |