Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bén.zé.na] | بينزينا

Definisi : (bénzéna) (Kim) sj cecair yg tidak berwarna, beracun, diperoleh drpd petroleum, digunakan sbg pelarut dan utk membuat bahan kimia lain (spt racun serangga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bén.zé.na] | بينزينا

Definisi : /bénzéna/ ist cecair beracun yg mudah terbakar dan digunakan utk membuat pelarut lemak, racun serangga dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benzena


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vitamin K1vitamin K1HerbaTiadaFitonadion, C31H46O2. Sebatian cecair likat berwarna kuning terlarut benzena kloroform dan minyak sayur yang berguna dalam perubatan dan sebagai makanan tambahan.
anilineanilinaFizikNanoteknologiBahan cecair organik tanpa warna dan berminyak, rumus kimianya, C6H5NH2. Bahan ini merupakan terbitan daripada benzena dan digunakan dalam industri pembuatan getah, resin, drug, dan varnis.
aprotic solventpelarut aprotikKimiaKimia AnalisisPelarut yang tidak menghasilkan atau menerima proton, contohnya karbon tetraklorida, silikon tetraklorida, benzena.
hazardous solventpelarut berbahayaTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan yang memudaratkan dan boleh melarutkan bahan lain. Contohnya, alkohol, benzena, toluena, xilena, kerosin dan terpentin.
molecular crystalhablur molekulFizikNanoteknologiPepejal yang terbentuk daripada atom gas nadir yang ditepukan dengan molekul gas lain seperti hidrogen, metana dan benzena menerusi ikatan daya elektrostatik lemah. Hablur molekul ini mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah dan meruap kepada atom dan molekul yang asal.
bamboo extractivesekstraktif buluhBuluhTiadaKandungan kimia selain komposisi kimia utama, yang terdapat dalam buluh dan boleh diasingkan dengan menggunakan pelarut seperti air, eter, benzena atau bahan kimia lain. Contoh ekstraktif yang terdapat dalam buluh ialah protein, tanin, lemak dan pigmen.
ascorbic acidasid askorbikHerbaPemiawaianAsid organik, formula C6H8O6, berbentuk hablur putih, takat lebur 192oC, larut dalam air, larut sedikit dalam alkohol, tetapi tidak larut dalam eter, kloroform dan benzena. Asid ini terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan sitrus, tomato dan sayuran hijau serta mudah teroksida apabila terdedah kepada haba dan cahaya. Asid askorbik dapat mencegah penyakit skurvi. Asid ini digunakan sebagai perisa, pewarna dan pengawet makanan serta dikenali juga sebagai vitamin C.

Kembali ke atas