gale | badai | Sains Marin | Tiada | Angin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika). |
emerged plant | tumbuhan timbul | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan air yang sebahagian daripada batang dan akarnya berada di dalam air dan sebahagian besar tumbuhannya berada di luar air. Contoh tumbuhan timbul ialah pegaga, teratai, Anubias sp., Cryptocoryne sp. dan Echinodorus sp. |
anterior | anterior | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian hadapan jasad. Contohnya, dahi berada di bahagian anterior tengkorak, manakala patela berada di bahagian anterior sendi lutut. |
crossed diplopia | diplopia silang | Sains Kesihatan | Tiada | Imej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kanan dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kiri medan penglihatan. |
uncrossed diplopia | diplopia tak silang | Sains Kesihatan | Tiada | Imej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kiri dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kanan medan penglihatan. |
plane-polarized light | cahaya terkutub satah | Kimia | Kimia Analisis | Cahaya (gelombang elektromagnet) yang vektor elektrik berada dalam satu satah sahaja yang disebut satah getaran, yang mengandungi arah perambatan, manakala vektor magnetnya berada dalam satah yang bersudut tepat (satah pengutub) terhadap satah getaran. |
compression ratio | nisbah mampatan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Isi padu silinder enjin atau kebuk pembakaran apabila omboh berada pada kedudukan pusat mati bawah (BDC) dibahagi dengan isi padu apabila omboh berada pada kedudukan pusat mati atas (TDC). |
hellaflush tyre | tayar kangkang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tayar yang berada pada kedudukan terkeluar daripada ruang roda yang sepatutnya kerana pemilik kenderaan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar tersebut sehingga menyebabkan tayar itu perlu ditarik ketika dipadankan pada rim dan berada dalam posisi senget atau condong. Tujuannya adalah untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar tersebut kelihatan seperti terkangkang. Penggunaan tayar kangkang pada kenderaan boleh menjejaskan kecekapan tayar ketika membrek, terutama pada permukaan yang basah dan mengurangkan jangka hayat tayar. |
hellaflush tyre | tayar kangkang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tayar yang berada pada kedudukan terkeluar daripada ruang roda yang sepatutnya kerana pemilik kenderaan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar tersebut sehingga menyebabkan tayar itu perlu ditarik ketika dipadankan pada rim dan berada dalam posisi senget atau condong. Tujuannya adalah untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar tersebut kelihatan seperti terkangkang. Penggunaan tayar kangkang pada kenderaan boleh menjejaskan kecekapan tayar ketika membrek, terutama pada permukaan yang basah dan mengurangkan jangka hayat tayar. |
dependency | kebergantungan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Wallerstein. |