Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subsurface discontinuitiesketakselanjaran subpermukaanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis ketakselanjaran yang berada lebih kurang 1 mm hingga 2.5 mm di bawah permukaan bahan uji. Ketakselajaran jenis ini dapat dikesan dengan menggunakan kaedah zarah bermagnet, arus pusar, dan ultrasonik.
aphotic zonezon afotikSains MarinTiadaBahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini.
Mayaca sp.Mayaca sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan herba dalam kategori tumbuhan timbul. Mayaca sp. mempunyai batang yang rapuh dengan ketebalan 0.1 cm. Tumbuh-tumbuhan ini berdaun nipis dan bersusun secara berselang seli. Daun yang berada di dalam air berwarna hijau kekuningan dengan kepanjangan 0.8 – 1.2 cm dan selebar 0.1 cm. Antara jenis Mayaca sp. ialah Mayaca fluviatilis dan Mayaca sellowiana.
galebadaiSains MarinTiadaAngin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika).
close contactkontak rapatKesihatan AwamTiadaIndividu yang berada pada jarak kurang dari 1 meter dengan individu yang telah dijangkiti virus dan terkena rembesan orang yang dijangkiti.
ceilingsilingMeteorologiTiada1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara.

Kembali ke atas