Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rair]/[ber.air] | براءير

Definisi : 1. mengandungi air (bkn kolam, sungai, buah-buahan, dll); 2. mengeluarkan air atau cecair; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rair]/[ber.air] | براءير

Definisi : berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berair

Puisi
 

Naik bukit bermain angin,
     Makan buah serba rasa;
Sakit sungguh tinggal bermain,
     Makan kuah berair mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Karam tidak berair.

Bermaksud :

Mendapat bencana dengan tidak bersebab.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scaldlecurHerbaFitoterapiBengkak yang berair atau lepuh pada kulit akibat terkena cecair atau wap panas.
hydrophobic filterpenuras hidrofobikSains KesihatanTiadaPenuras yang tidak dibasahi bahan berair.
bleedingperdarahan; turun warna (PEM.MAN), pendarahanBiologiTiada4. Pengeksudatan sap berair dari vesel di permukaan yang terpotong, disebabkan tekanan akar.
fringing reefterumbu pinggirSains MarinTiadaTerumbu yang tumbuh di pesisir pantai berair cetek dan bersuhu suam. Terumbu pinggir juga agak muda berbanding dengan atol. Terumbu pinggir memerlukan banyak sumber cahaya matahari, dasar lautan yang sesuai, sumber nutrien yang rendah dan memerlukan air laut jernih untuk tumbesaran yang lebih baik. Terumbu jenis ini banyak dijumpai di kawasan Laut Caribean dan Laut Merah.
conjunctivitiskonjunktivitisKejururawatanTiadaInflamasi konjunktiva mata yang dicirikan oleh kemerahan pada mata, kegatalan, berair, dan fotofobia.
asthenopiaastenopiaSains KesihatanTiadaMerujuk kepada sebarang keluhan berkaitan dengan kerengsaan mata. Contohnya mata berair, mata merah, mata penat, mata rasa berpasir dan sebagainya.
saponitesaponitFizikNanoteknologiGalian tanah liat yang terdiri daripada bahan silikat aluminium dan magnesium berair. Rumus kimianya ialah 1/2(Ca,Na)0.33 (Mg,Fe+2)3 (Si,A1 )4 O10(OH)2.4H2O dan berstruktur monoklinik. Galian ini bersifat amorfus lembut, pejal dan berplastik, dan terdapat dalam rongga batu.
aquatic planttumbuhan akuatikPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan yang hidup di dalam air tawar atau di kawasan berair. Tumbuhan akuatik terbahagi kepada tiga kategori, iaitu tumbuhan timbul, tenggelam dan terapung. Contoh tumbuhan akuatik ialah teratai, telipuk dan kiambang.
oedemaedemaHerbaFitoterapiPengumpulan cecair secara berlebihan akibat penyerapan yang tidak normal di dalam tisu penghubung; pembengkakan berair di dalam organ atau bahagian badan yang lain. Sinonim dropsi.
cladocerakladoseraPerikananAkuakulturSejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 ­– 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna.
12

Kembali ke atas