العدالة | keadilan perawi | Agama Islam | Hadith | Perawi yang muslim, baligh, berakal, tidak fasiq, berusaha menjauhi dosa dan bermaruah tinggi. |
wakil | wakil | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang dilantik dalam akad wakalah. Wakil individu hendaklah berakal dan baligh tetapi dalam mazhab Syafii, individu yang mumaiyiz boleh juga dilantik sebagai wakil hanya untuk urusan memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan haji, kerja sukarela, menyembelih binatang korban dan mengagihkan zakat. Dalam mazhab Hanafi, kanak-kanak yang mumaiyiz boleh dilantik sebagai wakil. |
ahliyyah ada’ kamilah | kelayakan melaksana sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Sifat kelayakan melaksana oleh individu setelah mencapai umur baligh, berakal, waras dan tidak muflis. Individu yang berkelayakan bebas menguruskan dan melaksanakan urusan yang berkaitan dengan hartanya mengikut hukum syarak serta sedar bahawa tindakannya itu mendatangkan kebaikan kepada dirinya. |
denotative meaning | makna denotatif | Linguistik | Tiada | Makna yang diterima umum yang mempunyai rujukan yang sama. Contohnya, makna denotatif bagi bintang ialah makhluk yang bernyawa dan tidak berakal. |
kamil ahliyyah | kelayakan sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Kesesuaian individu dari sudut penerimaan hak dan menunaikan kewajipan, yang berkuat kuasa sebaik sahaja dilahirkan sehingga meninggal dunia. Individu tersebut layak melaksanakan segala bentuk kewajipan bermula ketika baligh, berakal serta tidak muflis. Lihat juga ahliyyat wujub kamilah, ahliyyat ada’ kamilah. |
waqf nazer | nazir wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pihak yang diberi hak untuk menjaga, mengurus dan membangunkan harta wakaf serta mengagihkan manfaat harta tersebut kepada penerima wakaf. Nazir boleh terdiri daripada wakif harta itu sendiri, mauquf ''alaih, pemerintah (hakim) atau pihak lain seperti individu tertentu dan institusi yang ditentukan oleh wakif atau pemerintah. Para fuqaha telah menetapkan bahawa seseorang nazir wakaf mestilah memenuhi syarat tertentu seperti Islam, berakal, baligh, adil dan mampu mengelola. Nazir berhak mendapat upah setimpal dengan tugas yang telah dilakukannya dan menuntut sebarang perbelanjaan pengurusan kecuali sekiranya ingin menjalankan tugas secara sukarela. Sinonim mutawalli. |
waqf prayer | wakif | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu yang mewakafkan hartanya dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pewakaf mendapat pahala selagi harta itu menghasilkan manfaat dan kebajikan kerana wakaf merupakan salah satu bentuk sedekah. Amalan wakaf hukumnya sunat tetapi menjadi wajib apabila pewakaf melakukannya berdasarkan nazar tertentu. Kebanyakan ulama meletakkan lima syarat untuk seseorang itu sah menjadi pewakaf, iaitu berakal, baligh, merdeka, berkelayakan menguruskan harta dan tanpa paksaan untuk mewakaf. Sinonim pewakaf. |