flexion | fleksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi sinovial yang mengurangkan sudut antara dua segmen anggota bersebelahan pada satah sagital. Contohnya, fasa fleksi siku (membengkok) semasa beraksi dalam acara tenis. Lihat juga sendi sinovial, satah sagital. Banding ekstensi. |
monodrama | monodrama | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik. |
extension | ekstensi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi sinovial yang meningkatkan sudut antara dua segmen anggota bersebelahan pada satah sagital. Aksi pada sendi menyebabkan anggota kembali kepada posisi rujukan anatomi. Contohnya, fasa fleksi siku (melurus) semasa beraksi dalam acara tenis. Lihat juga satah sagital, posisi rujukan anatomi. Banding fleksi. |
immersion technique | teknik rendaman | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu teknik dalam ultrasonik yang digunakan apabila sampel ujian dan prob direndamkan di dalam tangki yang berisi cecair untuk mengesan ketakselanjaran dalam bahan. Dalam kes ini, cecair tersebut beraksi sebagai bahan pengganding manakala prob berada pada jarak tertentu daripada spesimen. |
Commedia dell�arte | commedia dell�arte | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin. |