Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.li.ran]/[ber.a.li.ran] | براليرن

Definisi : berhaluan pendapat (politik, pan­dangan hidup dll): lunas itu ~ utk mendirikan suatu negara sosialis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraliran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plateplat; tapak (sofbol)KejuruteraanTiada2. Salah satu elektrod beraliran dalam pemuat.,3. Salah satu elektrod dalam bateri storan.,4. Papan bertebatan tempat litar telah dicetak. Sinonim: papan litar, tercetak; kad; cesis
pantheismpanteismeKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi tema dan persoalan tentang ketuhanan dan kepercayaan bagi yang bukan beragama Islam. Dalam puisi yang beraliran panteisme, biasanya penyair akan mengungkapkan ajaran-ajaran atau dakwah bahawa Tuhan mereka itu boleh disamakan dengan kekuatan dan hukum alam semesta.
imagismimagismeKesusasteraanPuisiAliran penciptaan yang menjadi amalan kepada penyair-penyair imagis. Salah satu konsep penciptaan yang menjadi pegangan kepada penyair-penyair beraliran imagisme ini adalah memilih dan menerapkan imej dengan tepat dalam puisi-puisi mereka.
drawing room playdrama ruang tamuKesusasteraanTiadaDrama berlatarkan ruang tamu rumah dari awal hingga penghujung plot. Drama ini berkembang semasa zaman Victorian di United Kingdom. Drama Melayu beraliran realisme cenderung memaparkan latar ini. Contoh: Drama Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang dan Atap Genting Atap Rumbia karya Kala Dewata.
terrorismterorismeSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan di luar batas perlembagaan oleh sesebuah kumpulan bagi mencapai sesuatu objektif politik yang dilakukan secara sistematik untuk menimbulkan rasa cemas dan takut orang ramai. Tindakan ini dilakukan tanpa perikemanusiaan seperti meletupkan bom di khalayak ramai, dalam bangunan atau memusnahkan binaan yang penting. Tindakan ini sebenarnya ditujukan kepada pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi. Walaupun begitu, orang ramai yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Keganasan biasanya dilakukan oleh kelompok politik beraliran kanan atau kiri, gerakan perkauman, keagamaan, nasionalis, revolusioner atau agensi pemerintah seperti yang dilakukan oleh pemerintah sendiri, perisik atau tentera. Sinonim keganasan.

Kembali ke atas