Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak

Puisi
 

Burung tiung beranak tunggal,
     Hinggap mari atas bumbung;
Ibu mati ayah meninggal,
     Pada siapa hendak bergantung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calving patternpola beranak (bovin)PenternakanGenetik dan PembiakbakaanCorak kekerapan beranak bagi seekor lembu betina yang menjadi petunjuk kepada kesuburannya. Pola beranak sekumpulan lembu merujuk kepada senarai kronologi tarikh kelahiran. Kelahiran bermusim yang padat pada sekumpulan lembu menunjukkan tahap kesuburan lembu yang tinggi.
kidding percentageperatus beranak kaprinPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPengiraan bilangan anak kambing yang dilahirkan oleh seekor kambing betina pada setiap tahun. Peratus beranak dikira berasaskan pada jumlah bilangan anak yang dilahirkan dan dibahagikan dengan jumlah bilangan beranak setahun.
calving intervalselang beranakPenternakanGenetik dan PembiakbakaanTempoh masa antara dua kelahiran. Selang beranak untuk lembu ialah satu tahun.
kiddingberanak (kambing)PenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses kelahiran untuk kambing.
foalingberanak (kuda)PenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses kelahiran untuk kuda.
lambingberanak (biri-biri)PenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses kelahiran untuk biri-biri.
calvingpenyekahan; beranak (bovin)GeologiTiadaPenyekahan: Pemecahan dan peleraian jisim atau bongkah ais daripada glasier, daripada depan ais, atau daripada aisberg atau floberg; proses pembentukan aisberg.
calvingpenyekahan; beranak (bovin)GeografiTiadaTiada
calvingpenyekahan; beranak (bovin)PertanianTiadaTiada
calvingpenyekahan; beranak (bovin)VeterinarTiadaTiada
12

Kembali ke atas