aromatic plant | tumbuhan beraroma | Herba | Tiada | Tumbuhan yang mengandungi komponen kimia berbau harum. Komponen ini terdapat dalam bentuk minyak pati. Contohnya, bunga melur, mawar, kenanga, serai wangi, pala, cengkih, kayu manis dan gaharu. |
aromatic plant | tumbuhan beraroma | Herba | Pemiawaian | Tumbuhan yang mengandungi komponen kimia berbau harum. Komponen ini terdapat dalam bentuk minyak pati. Contohnya, serai wangi (Cymbopogon nardus) dan nilam (Pogostemon cablin). |
aromatic plant | tumbuhan beraroma | Pertanian | Tiada | Tumbuhan yang menghasilkan bau atau aroma sama ada wangi, busuk, hancing dan sebagainya. Aroma yang dihasilkan sama ada kuat, sederhana atau sedikit. Aroma ini mencirikan tumbuhan. Aroma ini berfungsi kepada tumbuhan untuk menarik agen pendebungaan. Sebahagian tumbuhan menghasilkan aroma yang berguna kepada manusia sebagai bahan pewangi badan dan udara, perasa makanan dan menghalau serangga. |
salve | salva | Herba | Pemiawaian | Formulasi herba yang melekit dan beraroma. Salva disapu pada kulit untuk melegakan bengkak atau gatal. |
aromatheraphy | aromaterapi | Herba | Fitoterapi | Penjagaan kesihatan menggunakan minyak pati daripada bahagian beraroma tumbuhan seperti bunga, daun, kulit kayu dan akar kayu. |
aromatherapy | aromaterapi | Herba | Tiada | Amalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik. |
Zingiberaceae | Zingiberaceae | Herba | Tiada | Famili tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan herba saka berbunga, beraroma dan berizom. Famili ini merangkumi 52 genera dan lebih daripada 1300 spesies yang tersebar luas ke bahagian tropika Afrika, Asia dan Amerika. Contohnya, halia, kunyit dan lengkuas. |
monoterpene | monoterpena | Herba | Pemiawaian | Sebatian hasilan semula jadi yang terdiri daripada sepuluh karbon dan terhasil daripada gandingan dua unit isoprena. Kebanyakan sebatian ini mudah meruap, beraroma dan mempunyai aktiviti biologi tertentu seperti antimikrob dan kesan sedatif. Contoh sebatian monoterpena ialah kamfor (nilam), borneol (minyak kayu putih) dan mentol (pudina). |
resin | resin | Herba | Pemiawaian | Campuran sebatian asid karboksilik, minyak pati dan sebatian semula jadi lain yang tidak larut air. Pada umumnya, campuran ini mempunyai bau yang kuat, tetapi beraroma. Resin boleh didapati dalam rizom halia (Zingiber officinale). |
herbal fermentation | penapaian herba | Herba | Tiada | Proses penguraian komponen organik, terutama karbohidrat oleh tindakan enzim atau mikroorganisma. Penapaian herba dilakukan untuk menyingkirkan rasa pahit atau tidak enak, atau untuk menghasilkan komponen kimia beraroma yang mempunyai bau dan rasa yang menyenangkan. Contohnya, penghasilan teh hitam dan ekstrak vanila. |