Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.ha.ya] | بربهاي

Definisi : boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.ha.ya] | بربهاي

Definisi : ada bahayanya: Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahaya

Peribahasa

Melangkahi ular.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hazard treespokok berbahayaPertanianAgroteknologiPokok-pokok yang mempunyai risiko menyebabkan kerosakan kepada harta benda atau mencederakan manusia kerana mempunyai beberapa ciri yang berbahaya. Contohnya, pokok besar yang ditanam di tepi jalan yang dahannya mudah patah atau pokok yang akarnya tidak kuat dan mudah tumbang apabila ditiup angin kencang. Suatu masa dahulu, pokok angsana banyak ditanam di Kuala Lumpur tetapi kini tidak lagi ditanam kerana sifatnya yang mudah tumbang dan mempunyai dahan yang rapuh. Contoh lain ialah pokok pompom yang juga berbahaya kerana buahnya mempunyai racun. Selain itu, pokok-pokok yang diserang penyakit dan perosak juga dianggap sebagai pokok berbahaya kerana dahannya mudah patah dan boleh merosakkan harta benda.
catalytic converterpenukar bermangkinKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang terdapat dalam sistem ekzos yang mengandungi mangkin aktif. Alat ini berperanan menukarkan gas ekzos berbahaya menjadi kurang berbahaya melalui proses tindak balas kimia.
potentially hazardous foodmakanan berpotensi berbahayaMakanan dan PemakananMakananMakanan yang berpotensi untuk dicemarkan oleh mikroorganisma toksigen seperti Clostridium botulinum dan Salmonella enteritidis. Contoh makanan berpotensi berbahaya ialah daging, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu. Oleh itu, makanan jenis ini memerlukan kawalan suhu dan tempoh masa penyimpanan tertentu bagi memastikan makanan ini selamat untuk dimakan.
ciri pseudaposematikpseudaposematic characterBiologiEkologiBentuk, atau warna amaran palsu pada haiwan, apabila haiwan yang tidak berbahaya mempunyai keserupaan dengan haiwan yang berbahaya atau beracun. Dengan ini haiwan yang berkenaan akan mendapat perlindungan kerana pemangsa akan mengabaikan kedua-duanya. Misalnya, warna ular yang tidak berbisa menyerupai ular berbisa, dengan ini ular yang tidak berbisa itu dapat mengelakkan dirinya daripada musuh.
disinfectantbahan penyahjangkitBiologiEkologiBahan yang digunakan untuk memusnahkan mikroogranisma yang berbahaya. Bahan penyahjangkit yang paling berkesan ialah agen pengoksidan, seperti klorin dan ozon, yang digunakan untuk membersihkan air yang tercemar daripada mikroogranisma yang berbahaya. Contoh bahan penyahjangkit dagangan ialah klorin yang dimasukkan ke dalam empangan air.
compressed gassesgas termampatFarmasiFarmaseutikBahan atau campuran sama ada cecair, bukan cecair, atau larutan yang berbahaya kepada kesihatan atau fizikal, yang mempunyai takat didih pada 68 Fahrenheit (20 darjah Celcius) atau kurang, pada tekanan 14.7 pounds per square inch absolute (psia) atau 101.3 kiloPascal (kPa). Bagi gas yang tidak berbahaya, ia dikategorikan sebagai gas termampat apabila mempunyai tekanan melebihi 41 psia (282.5 kPA) pada takat didih yang sama.
hazardousberbahayaPerubatanTiadaTiada
harmfulberbahayaPerubatanTiadaTiada
hazardousberbahayaKejuruteraanTiadaTiada
deleteriousberbahayaUndang-undangTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas