Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.li/] | برباليق

Definisi : 1 bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2 berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3 timbul atau datang kembali (bkn penyakit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbalik

Puisi
 

Daun mempelas berbalik-balik,
     Orang berdagang di pintu kota;
Tidaklah belas melihat adik,
     Duduklah berendam si air mata.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Hujan berbalik ke langit.

Bermaksud :

Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counterpointpola berbalikKesusasteraanTiadaAmalan mensejajarkan unsur-unsur yang berbeza. Dalam konteks kesusasteraan, pola berbalik merujuk kepada teknik mempertemukan watak yang berkontra dengan watak yang seiring dengannya. Pola berbalik ini dipinjam daripada bidang muzik yang mengamalkan gabungan pelbagai melodi lagu.
reversionary insuranceinsurans berbalikinsuransTiadalih. anuiti berbalik.
photochemical switchsuis fotokimiaFizikNanoteknologiSuis molekul yang dirangsang oleh cahaya yang menyebabkan molekulnya dapat beralih di antara dua atau lebih keadaan tenaga atau struktur yang stabil dan dapat berbalik. Contohnya, kompleks rutenium (II) yang molekulnya dapat berbalik apabila cahaya ultralembayung 254 nm menjadi suis tertutup, dan apabila diberi cahaya 600 nm akan menjadi suis terbuka. Suis ini dapat digunakan dalam pembuatan komputer molekul.
reversionary annuityanuiti berbalikinsuransTiadaKontrak yang menyediakan faedah anuiti jika anuitan tersebut masih hidup pada masa kematian insured.
reversionary rightshak berbalikinsuransTiadaHak untuk menerima pemilikan dan penggunaan harta apabila hak yang sama kepada orang lain telah tamat atau dilucutkan.
reversible charactersifat berbalikBioinformatikBioinformatik Molekul-
backward design modelmodel reka bentuk berbalikPendidikanTiadaKaedah pembelajaran yang digunakan oleh pendidik untuk mereka bentuk kurikulum pendidikan dengan mengenal pasti matlamat dan hasil pembelajaran sebelum menetapkan bentuk penilaian dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran(PdP).
tardive dyskinesiadiskinesia tardifPerubatanPsikiatriSindrom neurologi tidak berbalik yang ditandai dengan pergerakan yang berulang-ulang tanpa sebab dan di luar kawalan. Keadaan ini disebabkan oleh kesan sampingan penggunaan ubat antipsikotik dalam tempoh yang lama.
ion exchangetukar ganti ionFizikTiadaProses kimia yang melibatkan tukar ganti berbalik antara ion di dalam larutan dengan ion elektrolit pepejal tertentu.
affinity chromatographykromatografi afinitiKimiaKimia AnalisisTeknik kromatografi yang menggunakan kebolehan molekul biologi untuk mengikat kepada ligan secara khusus dan berbalik.
12

Kembali ke atas