Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ba.yar] | برباير

Definisi : dijelaskan, dilunaskan: hutangnya di kedai itu belum ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ba.yar] | برباير

Definisi : dpt dijelaskan (ttg hutang, harga barang-barang yg dibeli dsb); Hutangnya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbayar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
losses incurredkerugian tertanggunginsuransTiadaJumlah kerugian berbayar atau belum berbayar yang ditanggung oleh insurer dalam tempoh tertentu.
paid-up insuranceinsurans berbayarinsuransTiadalih. insurans hayat berbayar.
loss rationisbah kerugianinsuransTiadaPerbandingan di antara kerugian dengan premium berbayar. Pengatas (kerugian) adalah sama ada kerugian tertanggung atau kerugian berbayar dan pembawah (premium) adalah sama ada premium terperoleh atau bertulis, bergantung ke atas penggunaan nisbah kerugian tersebut.
reduced paid-up insuranceinsurans berbayar terkuranginsuransTiadaInsurans yang ditawarkan sebagai satu pilihan dalam faedah tidak lucut hak. Insurans ini memperuntukkan nilai tunai polisi yang digunakan sebagai premium tunggal untuk memiliki insurans berbayar yang berpatutan tetapi kurang daripada jumlah muka asal dalam kebanyakan kes.
nonforfeiture valuenilai tidak lucut hakinsuransTiadaNilai pinjaman tunai insurans berbayar dan insurans sementara diperluas tidak akan hilang sekiranya premium polisi berkenaan tidak berbayar.
paid-up life insuranceinsurans hayat berbayarinsuransTiadaInsurans hayat yang semua premiumnya telah dibayar tetapi manfaat insurans masih belum dibayar kerana polisi tersebut belum matang atau tidak berlaku kematian.
average weekly benefitfaedah mingguan puratainsuransTiadaAmaun berbayar mingguan bagi hilang upaya atau kematian yang ditetapkan oleh undang-undang. Biasanya merupakan peratusan daripada upah mingguan purata tertakluk kepada amaun minimum dan maksimum.
revenue passenger milehasil perbatuan penumpangPelanconganTiadaPengiraan pendapatan berdasarkan jumlah penumpang berbayar didarab dengan jarak perbatuan perjalanan bagi tujuan penetapan harga tambang.
proceeds of life insuranceprosid insurans hayatinsuransTiadaProsid berserta sebarang tambahan yang berbayar pada tarikh matang atau kematian.
guest houserumah tamuPelanconganTiadaJenis penginapan yang disediakan untuk tetamu, sama ada berbayar atau tidak.
12

Kembali ke atas