boat neck | leher sampan | Fesyen | Tiada | Bahagian leher baju yang berbelah hingga bahu. |
clientele | klientel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sekelompok masyarakat yang memberi sokongan atau taat setia kepada seseorang atau organisasi tertentu. Sokongan yang diberi bersifat tidak berbelah bahagi dan mereka ini akan diberi ganjaran oleh pihak yang menerima. Konsep ini pada asalnya merujuk kepada sekelompok masyarakat atau individu yang memberi undi kepada seseorang atau sesebuah parti bagi satu tempoh tertentu yang membentuk pula satu jaringan hubungan sosial. Hubungan ini melibatkan sama ada dua atau tiga lapis kelompok. Kelompok yang pertama ialah kelompok yang memerlukan sokongan yang disebut sebagai ahli politik, kelompok yang kedua diklasifikasikan sebagai ejen klientel yang akan bertindak menghubungkan kelompok pertama dengan kelompok ketiga yang dikenali sebagai klientel. Klientel dalam hubungan ini akan menyerahkan sokongan mereka kepada ahli politik melalui rundingan yang dibuat dengan ejen klientel dan sebagai balasannya ahli politik akan memberi imbuhan yang berbentuk khusus seperti pemberian kontrak, perniagaan atau kemudahan tertentu, bergantung kepada rundingan yang dicapai antara dua atau tiga pihak tersebut. Dari sudut sosiologi, hubungan timbal balik ini tidak dilihat sebagai suatu yang berbentuk rasuah. Sinonim kumpulan pelanggan. |
allegiance | kesetiaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepatuhan atau taat setia oleh rakyat, pengikut atau penyokong terhadap pemerintah, ketua atau pemimpin masyarakat. Nilai ini bertunjang kuat dalam masyarakat feudal. Kepatuhan atau taat setia ini lazimnya bersifat tidak berbelah bahagi seperti yang terdapat dalam amalan penaung-dinaung. Asas kepada kesetiaan ini ialah kepentingan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Contohnya, nilai kesetiaan rakyat terhadap pemerintah atau sultan seperti yang digambarkan dalam Sejarah Melayu. |
chain verse | rangkap berkait | Kesusasteraan | Puisi | Hubungan antara satu sama lain dalam bentuk rangkap yang bertujuan untuk meluaskan sesuatu isu atau tema yang terdapat dalam pemikiran penyair. Contohnya, pantun di bawah. Burung serindit terbang sekawan, Mati tersambar seekor merpati; Sakit sungguh hamba tuan, Laksana kambing menggulai hati. Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya. |
panlun berkait | panlun berkait | Kesusasteraan | Puisi | Pantun yang berangkai atau sambung-menyambung antara rangkap di atas dengan rangkap-rangkap di bawahnya, jumlahnya tiada dihadkan. Penyambungan ini dilakukan dengan mengambil baris kedua dan keempat rangkap sebelurnnya, kemudian diletakkan sebagai baris pertarna dan ketiga pada rangkap yang baharu itu. Umpamanya kalau rangkap yang hendak dibentuk itu rangkap ketiga, baris kedua dan juga keempat yang diarnbil itu ialah pada rangkap kedua. Contohnya, Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya |