watered silk | sutera barik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fabrik daripada benang sutera yang bergaris-garis, berbintik-bintik atau berbelang-belang |
three-sided stitch | jahit segi tiga | Kesenian | Tiada | Jahit sulam berbentuk segi tiga yang disusun rapat, bercorak sika-siku yang berbelang-belang. |
moire fabric | fabrik barik | Kesenian | Tiada | 1. Fabrik yang diberi kemasan khusus untuk menghasilkan kesan berombak dengan cara menggunakan guling berukir yang dipanaskan bagi menghasilkan kesan air atau berbelang-belang.,2. Fabrik tebal tenun permatang yang mempunyai kesan air yang terhasil daripada gabungan benang lungsin sutera, rayon atau asetat dengan benang pakan isian daripada yarn kasar gentian kapas atau gentian buatan manusia. Coraknya dibuat dengan menggunakan guling panas untuk meratakan yarn pakan isian bagi mendapatkan corak sinaran cahaya. Biasanya corak ini tidak kekal pada fabrik-fabrik lain kecuali fabrik asetat. Fabrik jenis ini digunakan untuk membuat gaun malam, skirt, kot dan fabrik hiasan rumah. |
golden trevally | gerung belang | Perikanan | Tiada | Sejenis ikan separa pelagik daripada famili Carangidae, spesies Gnathanodon speciousus. Ikan gerung belang berwarna kuning keemasan dan berbelang hitam serta hidup di kawasan berbatu karang di laut lepas. Spesies ikan ini kadangkala hidup dalam kumpulan kecil dan mempunyai tabiat mencari makanan di dasar laut. Ikan ini mudah ditangkap menggunakan pancing dan amat berpotensi sebagai ikan rekreasi. Nama lain bagi ikan ini ialah gerung-gerung dan daun belang. |
zebra shark | yu rimau | Perikanan | Tiada | Ikan yu daripada famili Stegostomatidae, spesies Stegostoma fasciatum. Yu rimau mendiami laut pada kedalaman 5 hingga 30 meter. Ciri yang paling ketara pada ikan ini ialah badannya yang berbelang seakan kuda belang, langsing dan tirus, mempunyai tompokan hitam yang berselerak di seluruh badan termasuk sirip serta mempunyai ekor yang panjang. Selain itu, terdapat juga satu banjaran yang jelas di kedua-dua sisi badan dan muncung bulat dengan sesungut kecil. Ikan ini gemar memakan moluska, krustasia dan ikan kecil dengan cara menyedut keluar makanan daripada pasir pada waktu malam. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat tunda atau pancing. Nama lain bagi ikan ini ialah yu kebut atau yu cicak. |