herb | herba | Herba | Pemiawaian | Tumbuhan berbiji yang batangnya lembut, tidak berkayu dan biasanya bersaiz kecil. Contohnya, kacip fatimah (Marantodes pumilum), misai kucing (Orthosiphon stamineus) dan pegaga (Centella asiatica). |
activated carbon | karbon teraktif | Kimia | Kimia Analisis | Karbon amorfus dalam bentuk serbuk, berbiji, atau until. Bahan ini mempunyai luas permukaan per unit isi padu yang sangat besar sebab ia terdiri daripada banyak liang kecil. |
fruit | buah | Herba | Tiada | Organ tumbuhan yang terjadi daripada ovari bunga atau putik. Buah biasanya berbiji, berisi atau kering. Buah utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan. Contohnya, buah pala, buah pinang, buah delima dan buah asam gelugor. |
formulated feed | makanan rumusan | Perikanan | Akuakultur | Makanan yang dihasilkan mengikut resipi dan campuran bahan tertentu bentuk pelet. Makanan rumusan terdapat dalam bentuk yang berbiji-biji, serbuk atau kepingan. Terdapat dua jenis makanan rumusan, iaitu terapung dan tenggelam, bergantung kepada formulasi dan kaedah pemprosesan. |